Morning.. Baru habis kemas2 rumah. Pagi tadi cik abang dah masuk estet pkl 5 pagi. Rutin biasalah bagi my darling kalau tidur kat rumah luar. Nak masuk estet kena ambik masa 1jam 15 minit (lebih kurang 50 km je) tapi almaklum jalan nak masuk estet. Kalau tidur di rumah dia yang kat estet, 5.45 pagi baru bangun dan bersiap. Kerja estet memang camtu. 6.30 pagi dah tercacak kat opis.. Tak caya tanyalah isteri2 plenters lain... Bila Cik Abang dah masuk pergi kerja, aku teruslah bersiap2 buat sarapan dan bekal anak-anak ke sekolah. Hari ni Balqis minta buat burgerlah pulak. Malam tadi dah siap keluarkan daging burger ayam RAMLEE dari esbok Sebelum tu kena bagi sarapan untuk anak aku yang dua ekor tu Si Kakak dan Si Nyonya (yg ni belum sempat diperkenalkan lagi) Kalau tak dibagi sarapan , kita tak boleh nak berjalan kat dapur tu sebab dia meleseh2 kat kaki. Bila dah kenyang barulah dia diam dan tidur lagi..
6.oo pagi kejutkan Alang dgn Balqis. 6.40 pagi dah siap, hantar budak2 ke sekolah, Lepas tu terus parking kat kawasan kilang IKS untuk jogging dengan kak Bar dan kak Mis (sebenarnya lebih banyak berjalan pantas dari berlari). Pukul 8.00 balik rumah, Siap2 gi ngaji rumah Mak Ani sampai 9.00 pagi. Itulah jadual harian biasa buat masa ni.. Balik Ngaji nengok2 pokok yang ditanam kat tanah seluas 2 helai tikar di tepi rumahku itu.. Tak rugi berbudi kpd tanah ni. Paling2 tak payah keluar duit nak beli serai, cili padi, daun kunyit dan lain2. Cuma daun kari dgn daun pandan je yang tak ada.(stok banyak kat rumah estet). Kat atas tu daun kunyit dengan pegaga tengah posing.
Ini pokok terung telunjuk yang di tanam dalam polybeg.. Benih ni diambil kat rumah En. Hamsan kat Renggam. Ada 2 polybeg je dan dah mula berbuah. Bajanya sonang yo.. Air cuci ikan. Insyaallah menjadi pokok2 ni.
Pokok kucai adalah dalam 4 rumpun. Dulu dalam pasu, aku alihkan atas batas. Biasalah kalau dah ada ditanam sendiri, jarang nak di ambil. Cuma kalau nak goreng beehoon s'pore atau buat cekodok ambiklah sikit utk bagi colour meriah sikit.
Terung telunjuk yang dah berbuah..
Ni cili padi. Tetap kena ada sebab cik abang tak boleh berpisah dengan sambal belacannya. Pokok ni dah generasi ke 2 sejak aku pindah kat rumah ni ( Mula tinggal sejak April 2010). Dah nak kena tanam baru sebab dah kena serang lalat putih. Cer tengok daun dia yang dah tak hensem. Dah jadi hitam sebab kat bahagian belakangnya dah penuh lalat putih
Cili padi versi putih tapi pedas macam biasa.
.Tebu yang baru habis dituai hasil. dapat juga 10 litel air tebu segar.
Orkid ohh orkid. My lovely orchid.. sebenarnya dah naik malas nak bela orkid ni sebab asyik berpindah randah. Bila turun naik lori, orkid jadi rosak dan merajuk. Ada yang mati dan merajuk tak mau berbunga Ambil masa setahun juga untuk pulih. Nanti kena pindah lagi.. Aduhhhh Itu je kerjanya sampai cik abang bersara lagi 15 tahun.. Tapi bila nengok bunganya, seronok pulak. Saje buat hiburan.
Kacang botol sebenarnya kak iti jiran sebelah yang tanam tapi dah panjat pagar dan masuk sempadan. Cantik dan menghijau kat sempadan rumahku..
Orkid colour purple.
Orkid pink
Bunga yang tanam dalam pasu.
orkid lagi
Ohh orkidku
Orkid putih
Ponytail yang baru pulih dari merajuk
Inilah tempat aku bertanam-tanam serba sedikit. Edible garden le konon-kononnya.
Limau purut yang tanam dalam pasu tapi akarnya dah jejak tanah. Kalau nak pindah nanti kena angkat lagi. Hai kesian kau, dah berapa kali kena pindah randah.
2 polybeg terung pipit
Pokok Sireh kat sempadan mak iti. Mak iti yang tanam tapi rimbun kat pagar kami berdua. ada sesapa yang nak buat sireh junjung marilah ambik. Percuma jerrr
Buah apa ni?
Pernah nengok?
Boleh makan ke?
Inilah rupanya pokok herba MAHKOTA DEWA. Kakak aku yang bagi benihnya dan aku tanam kat dalam pasu ( kes senang nak bawak pindah randah lah) Pasu ni sekarang kat rumah cik abang kat estet.
Rajin berbuah, bila masak warnanya cantik. Merah pekat gitu. Buahnya dihiris nipis, jemur kering. Bila nak minum, ambik 3 - 4 keping, tuang air mendidih, sejukkkan. Boleh di minum. tak rasa pahitpun. Khasiatnya banyak untuk hati dan buah pinggang. Itulah sedikit sebanyak maklumat yang aku dapat dari kakak aku yang kerja kat MARDI
No comments:
Post a Comment