-->
-Mak Mok Tomey-

Monday, 20 February 2012

Cucur Udang Untuk Berbuka Puasa



Selamat Malam.  Semua dah nak tidur agaknya.  Mak Mok baru boleh nak mencatat sesuatu untuk hari ni. Hari ni sibuklah menggunting baju, menanda dan melakar motif sulaman baju nikah yang ditempah customer.   Macam biasalah, hari ni Isnin, Mak Mok puasa ganti.  Pagi tadi My Darling dah masuk estet jam 5.00 pagi.  Bekalkan dia  Asam Rebus Ikan Parang campur terung telunjuk yang tanam dalam polybeg tu.  Bolehlah dia buat dinner hari ni.  My Darling rajin masak.  Air tangan dia memang Mak Mok tak boleh lawan, terutamanya kari..terbaikkk.  Sambal Belacan dia pun sampai sekarang Mak Mok tak dapat nak lawan. Ada macam-macam versi sambal belacan untuk ulam-ulaman yang berbeza.  My Darling orang Kuale Kangsar,  sebab tu dia pandai sangat bab-bab makan berulam selain berbagai versi sos pencicah macam air asam dan sepuh.  Mesti tak pernah dengar nama nya kan ?? Rasanya masyallah, marbeless. Nanti kalau Mak Mok buat, pasti Mak Mok kongsikan gambar dan resepinya


Petang ni Mak Mok teringin nak makan Cucur Udang. Ini kes teringat cucur udang Alor Gajah, Melaka.  Ada sesapa yang pernah makan cucur udang kat Medan Selera Alor Gajah (berhampiran stesen bas/berhadapan Pejabat  Daerah Alor Gajah/ Dataran Alor Gajah)  Pada tekak mak mok, cucur udang ni paling sedap.  Cucur Udang yang garing, hirisan tempe dan fishball serta timun di makan bersama sos/kuah lada yang cukup rasa masam manisnya. Tapi yang Mak Mok  buat  kat atas tu ikut resepi  sendiri je.  Resepi agak-agak namanya.   Campurkan tepung, mauripan, garam telur, air, daun kucai, taugeh.. godaklah. Biarkan dalam 30 minit.  Lepas tu gorenglah dalam minyak yang banyak.  Pakai  senduk, panaskan dalam kuali, sudukan adunan dalam senduk yang telah dipanaskan. Parkingkan udang kat tengah2 tepung, rendam dalam minyak panas biarkan seketika.  Guna sudip atau buluh bunga telur yang tajam hujungnya, keluarkan adunan tu, goreng hingga garing  Dah siap.  

Kuahnya pulak Mak Mok blender cili merah dengan bawang putih, air, cuka.  Masak atas api, rasa garam dan gulanya.  Tadi sebelum berbuka  macam teringin sesangat nak makan, tapi cuma boleh makan sekeping je.  Sekarang ni kena pantang banyak..Lepas pembedahan, mak mok tak boleh makan benda berminyak dan berlemak.  Kalau terlebih makan, automatik sakit perut Cik Jah.. Sekarang Mak Mok dah tak ada hempedu, jadi segala minyak dan lemak tu tak dapat di proses macam biasa..  tu lahh dulu makan tak beringat-ingat, kan sekarang nikmat  dah kena tarik huhuhuhu


Ini pulak lauk untuk anak-anak hari ni.  Sebab berpuasa, malaslah nak masak. Buat yang ringkas-ringkas je.  Kenal tak ikan tu? itu bukan ikan sungai ye.. Itu ikan Aruan Tasik.  Ikan laut yang boleh tahan harganya.  Dagingnya putih dan pejal.  Mak Mok stim je letak kicap cair, lada sulah, bawang putih, halia, minyak bijan dan daun ketumbar.  Budak Budak kat rumah ni kalau makan nasi, mesti nak kuah berladung. Sebab tu Mak Mok kena buat kuah yang agak banyak walaupun kalau nak ikutkan, ikan stim mana ada kuah banyak-banyak.  Nak bagii rasa cili, belahkan 5 ulas cili padi.  Sayurnya ringkas juga,  Kobis cina  goreng dengan tauhu.    Mak Iti pula bagi kacang botol.  Alhamdulillah  Balqis je makan 5 batang. 


Lepas masak tengahari tadi Mak Mok bancuh kuih bakar keledek ni.  Kes nak habiskan puree keledek unggu. Belum potong lagi sebab tak ada sesapa nak makan kuih ni waktu malam camni.  Nanti pagi bolehlah di potong buat makan-makan dengan jiran-jiranku di bawah pokok jambu..


Yang ni pula sesaja nak interprem.. Kembang pulak cik jingga ni hari ni. Buat pengubat hati Mak Mok yang sedih tengok banyak orkid butterfly dah kecut daunnya.  Ini kes tersalah baja.  Biasanya Mak Mok guna baja organik tahi kelawar atau tahi cacing, tapi hari tu masa pergi Ekspo Pertanian kat Ayer Hitam, belilah baja kimia yang di syorkan oleh penjual orkid tu.  Agaknya tak sesuai atau terlebih dos (Tapi Mak Mok ikut sukatan yang di cadangkan). Tak taulah boleh bertahan ke tidak. Sabar je lah.  Mudah-mudahan tak mati


Bertahan ye...

Jumpa lagi.

Posted by Mak Mok Tomey at 07:27
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)
Pink Transparent Star), url(Pink Transparent Star), auto;}

Pukul Berapa Datuk Harimau..??

About Me

My photo
Mak Mok Tomey
Kluang, Johor, Malaysia
Surirumah sepenuh masa yang simple dan happy. Memasak, Menjahit, Menyulam dan kerja tangan merupaka minat utama saya
View my complete profile

Tentang Saya

Nama:Azlina Bt Hashim T.Lahir:18 July 1971 Umur:41 Tahun (2012) Suami:Zulkurnain Abd Majid Hobi:Memasak,Menjahit n Kraftangan

Sila Kunjungi Blog Ini ^_^


Shout Hear

My Facebook

Azlina Hashim

Reka Lencana Anda

Followers

Blog Archive

  • ►  2014 (2)
    • ►  September (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (3)
    • ►  November (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2012 (50)
    • ►  August (2)
    • ►  July (7)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (8)
    • ►  March (2)
    • ▼  February (11)
      • tart telur untuk cuba acuan baru
      • Cucur Udang Untuk Berbuka Puasa
      • Happy Birthday Mia
      • Udang Galah Sungai kat Estet
      • PROJEK UNTUK BUKA PUASA
      • Mia oooo mia. Tomeynyaaaa
      • tanam-tanaman kat keliling rumahku...
      • Projek Masak Hari Ni..
      • Kucing kesayangan
      • bunga telur kertas crepe macam dolu2 untuk nikah a...
      • Masak-masak kat estet
Picture Window theme. Powered by Blogger.