-->
-Mak Mok Tomey-

Saturday, 11 February 2012

Projek Masak Hari Ni..



Hari sabtu yang penuh padat aktivitinya.  Hari ni sekolah ganti cuti raya cina. Ikut jadual hari khamis. Pepagi lagi dah goreng beehoon buat sarapan dan bekal bebudak gi sekolah.  Si Balqis memang tiap2 hari wajib bawa bekal sbb dia malas nak berebut kat kantin. Bekal pulak mesti nak yang heavy2 punya. setakat roti dia tak pandang.  Kak Long hari ni kelas belajar memandu.  7.15 pagi dah pergi.  Pagi ni juga kena pergi sekolah Alang sebab ada perjumpaan dengan ibubapa pelajar PMR dan SPM.  Orang bujang ni ambilkPMR tahun ni . Balqis pulak UPSR.  Alamat bergendanglah lagii tahun ni. Mcm Tarzanlah menyuruh belajar.. Hai budak-budak oiii. Mak dengan Abah tak ada harta nak tinggalkan nanti, belajarlah rajin-rajin.  Ilmu je yang boleh mengubah kehidupan.

Hari ni masak lambat. Balik dari sekolah alang, tayar cik Avanza kempis, Menapak pergi bengkel panggil mekanilk.  Nasib baik tak jauh, Tapi berpoluh jg sbb cuaca kat Kluang sekarang tersangatlah panasnya.  Pukul 11.30 baru mula masak. Tengah2 masak berhenti kejap jemput si balqis yang balik Pukul 1.00 tgh.

Hari ni masak Ayam lagi.. atas permintaan Balqis nak ayam masak merah, sayur paprik dengan daging lompap(resepi blog MADIHAA). Kalau kat kampung aku kat Melaka tu (sempadan Negori Sembilan) lauk macam ni dipanggil Masak Lengser. Bila hari bantai (sehari sebelum puasa dan hari raya) beli daging masaklah mcm ni.. Daging baru sembelih memang sedap dan manis kalau buat mcm ni..


Belah petang aku rebus 2 ketul keledek purple yang kak tam beli kat Pasar Malam Felda Belitong. Dalam esbok ada serunding kelapa lebih buat nasi ambeng.  Udang kecik tu pulak beli masa pergi Pulau Pangkor cuti sekolah disember dulu.  Jadilah kuih cucur badak ni.. Rupanya tak berapa hensem sbb lebam tapi rasa dia o,k.  Kalau dah nama keledek. tak kira colour apapun, tetap keledek..


Udang kering yang kurus kering...


Ada lebih doh keledek, tapi inti dah abis, buatlah cik mek tak molek ni.. isi je dengan gula, goreng macm biasa, dah boleh makan.


Paprik sayur mak mok.. tak hensem langsung


3 jenis lauk hari ni..tak berkuah


Daging lompap, podeh berapi.  Jgn tak tau, bahan2  fresh dari garden mak mok. Cili padi yang posing tu, mak mok tanam sendiri tau. Gemok2 kan cili tu.  Alhamdulillah. Mak Mok kalau tanam cili padi memang menjadi.  Ada tanah selebar 2 bidang tikar kat tepi rumah, mak mok tanamlah cili dgn serai. Ada limau purut, pisang, tebu, pegaga.dan kunyit


Ayam masak merah. si Balqis punya peberet. dulu, kini dan selamanya

Posted by Mak Mok Tomey at 06:49
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)
Pink Transparent Star), url(Pink Transparent Star), auto;}

Pukul Berapa Datuk Harimau..??

About Me

My photo
Mak Mok Tomey
Kluang, Johor, Malaysia
Surirumah sepenuh masa yang simple dan happy. Memasak, Menjahit, Menyulam dan kerja tangan merupaka minat utama saya
View my complete profile

Tentang Saya

Nama:Azlina Bt Hashim T.Lahir:18 July 1971 Umur:41 Tahun (2012) Suami:Zulkurnain Abd Majid Hobi:Memasak,Menjahit n Kraftangan

Sila Kunjungi Blog Ini ^_^


Shout Hear

My Facebook

Azlina Hashim

Reka Lencana Anda

Followers

Blog Archive

  • ►  2014 (2)
    • ►  September (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (3)
    • ►  November (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2012 (50)
    • ►  August (2)
    • ►  July (7)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (8)
    • ►  March (2)
    • ▼  February (11)
      • tart telur untuk cuba acuan baru
      • Cucur Udang Untuk Berbuka Puasa
      • Happy Birthday Mia
      • Udang Galah Sungai kat Estet
      • PROJEK UNTUK BUKA PUASA
      • Mia oooo mia. Tomeynyaaaa
      • tanam-tanaman kat keliling rumahku...
      • Projek Masak Hari Ni..
      • Kucing kesayangan
      • bunga telur kertas crepe macam dolu2 untuk nikah a...
      • Masak-masak kat estet
Picture Window theme. Powered by Blogger.