Salam. Ini adalah sebahagian dari kehidupan Mak Mok. Belajar menyulam ni secara kebetulan semasa belajar menjahit di kelas KEMAS kat kampung. Guru yang mengajar bernama Pn. Hj Ramlah Bt. Yusuf. Guru kelas jahitan pula Pn. Hj. Ramlah Che Mat.
Kalau diingat semula memang kelakar masa mula-mula belajar berkenalan dengan mesin sulam SINGER model 20U63. Mana tapak kaki nak kawal kelajuan mesin dan dalam pada masa sama, lutut menolak pedal gear untuk mengawal saiz gerakan jarum sulam. Tangan pulak nak kena lembut menolak pemidang. Kalau keras kejung alamat sakit-sakit satu badan. Tapi Alhamdulillah, mungkin sebab minat dan Arwah Wo dan Arwah Mak Long memang pakar bab sulam menyulam, jadi Mak Mok dapatlah sikit tempias tu
Kerja menyulam agak rumit, tapi ibarat melukis, kita tak sabar nak melihat hasil kerja kita. Bermula dengan menanda saiz dan jarak sulaman, membuat lakaran ( ini paling menyampah), menyulam dan membakar biku sulam kemudian gosok dengan iron. Benang sulam berbeza dengan benang jahit sebab ia licin (berlilin) dan agak mudah putus. Kalau guna benang perak atau emas lagi sakit kepala sebab mudah sangat putusnya. Tapi kalau dah minat boleh je kita tekun mengahadap sampai sudah.
Mak Mok masih baru belajar dan bolehlah menerima tempahan sulaman yang biasa2 je. Kalau kerawang macam kebaya Nyonya tu memang tak pandai sebab guna mesin SINGER hitam model lama macam nenek2 kita dulu.
Ini adalah baju pelanggan yang nak baju nikahnya disulam begini.
Malu kat orang yang dah mahir menyulam kalau tengok kerja Mak Mok ni.
Dari masa ke semasa kita belajar memperbaiki diri dan menajamkan kemahiran. Bak kata cikgu sulam Mak Mok dulu, orang yang kerjanya menyulam ni pantang kalau tengok orang pakai baju bersulam. Dia mesti nak tengok dan belek macam mana sulaman tu di buat. Memang betul apa yang cikgu Mak Mok cakap tu.... Macam tulah perangai Mak Mok kau ni.. Kalau segan nak belek, jeling tak kelip-kelip mata. Lepas tu ambik buku catatan dan pen yang memang sentiasa ada dalam beg tangan, lakarlah corak yang kita berkenan tu. Kena buat masa tu jugak. Kalau tak nanti lupa.. Teruk kan perangainya???
Sekarang Mak Mok menyulam guna mesin GEMSY 20U63 ( tak mampu nak guna SINGER @ BROTHER @ JUKY). Mesin ni tahan lasak dan hasil sulaman setanding dengan mesin SINGER. Mak Mok sayang sangat dengan mesin ni sebab di beli secara tunai 8 tahun lalu hasil upah menjahit. Bila dan ambil upah menyulam, Mak Mok dapat pula beli mesin jahit tepi (industri mechine) juga secara tunai.. Betul kata cikgu jahitan Mak Mok, rezeki orang yang menjahit ni tak pernah putus. Ia sentiasa bersambung umpama benang jahitan.. (tapi kalau orang tu rajinlah)..
Mak Mok sekarang tak lagi macam dulu bab-bab menjahit dan menyulam ni. Ambil juga tempahan tapi jumlahnya sangat kecil berbanding dulu. Kalau dulu menjahit dan menyulam jadi punca pendapatan Mak Mok, tapi sekarang ianya lebih kepada mengisi masa lapang..
Teruskan usaha mak mok, MET pun tengah skodeng nak belajar jahit sulam.......
ReplyDeleteasslamualaikum
Terima kasih..kalau minat, semuanya bolehhhh
Delete