Salam semua. Alahai.. bilalah budak-budak nak jemu makan AYAM ye? Mak dengan Abah dah kuranglah dengan ayam..
Tak tau nak masak apa. Terjumpalah resepi ni kat blog Kak Ida 1001 resepi. Terima kasih bayak sebab kongsi resepi ni.. Mudah dan tak banyak guna bahan . Ayam di goreng 3/4 masak. Goreng 1 biji bawang besar dan 15 ulas bawang merah hingga kuning, kisar dengan air. Tumis cili kisar, masukkan bawang goreng, masukkan kicap. Masukkan ayam dan kacau hingga agak kering..
Maka tersangat sukalah Balqis dengan masakan Mak Mok hari ni.
Ada satu tin laici yang dah nak expired kat dapur. Buka blog Sinar Kehidupanku (Pn. Yatie) baru-baru ni jumpa resepi PUDING LAICI DANGDUT . Bahan semua ada kat dapur. Jadilah projek buat puding. Cuma Mak Mok kurangkan sukatan air supaya puding ni boleh di pegang masa nak makan. Kalau guna 2 liter air, kalau nak makan kena guna sudu. Bahan2 cuma 1 paket (10 GM) Agar2 serbuk, 1.5 liter air, 1 cawan cula, 1 tin laici,(asingkan sirap dan buah) 1 tin susu cair. Didihkan air dengan agar2, masuk gula, didihkan lagi. Tutup api, masukkan susu dan sirap laici. Masukkan dalam mould kegemaran.. Bila nak makan, letak laici dan kalau suka tuang susu cair sebagai sos.
Sedaplah puding ni. Seriusss. Sejukkan dula sebelum menikmatinya. Mak Mok letakkan buah laici yang dipotong kecik2 kat dalam mould agar-agar tu.
My Darling yang tak berapa suka benda2 manis macam ni, boleh suka pulak dengan puding ni. Pasti akan buat lagilah selepas ni nanti.
Esok kena buat puding ni sebagai dissert kenduri tahlil arwah kat rumah My Darling kat estet. Kena masukkan dalam mangkuk kecik2 bertutup tu supaya senang tetamu nak makan. Ini atas cadangan My Darling..
Mak Mok juga sempat kukus 3 biji kek coklat resepi Pn Munira Baharum untuk dibawa ke rumah estet pagi nanti. Kek Mak Mok merekah sebab terlebih tepunglah tu.. tapi masih sangat lembab
Buat inti karipap satu kuali. Nanti masa kat estet, bolehlah buat ramai-ramai dengan jiran
Inti karipap yang Mak Mok buat guna keledek je.. Nanti Mak Mok ambik lagi gambar majlis kenduri tahlil tu. Mak Mok serah kat jiran-jiran dan pekerja kat sana untuk masak. Yang penting pagi esok, subuh-subuh lagi Mak Mok dah tercacak kat Pasar Awam Keluang cari bahan mentah untuk di masak. Lepas tu Mak Mok kena memandu keseorangan masuk estet...
No comments:
Post a Comment