Salam semua. Rosak bahasa Mak Mok ni. Mana ada perkataan "Memuding" dalam Kamus Dewan. Sebenarnya Mak Mok buat puding..
Nampak meriah puding ni .. Projek puding ni terjadi disebabkan ada lebihan kek batik arora yang diberi oleh jiran semasa kenduri tahlil arwah kat estet tempohari. Bahan lain semua ada dalam stok. Ternampak resepi Puding Triffle ni kat Blog MADIHAA a.k.a Ratna. ( Terima kasih Puan Ratna) Bahan-bahan lain yang diperlukan ialah 1 tin fruit coctail, 4 sudu besar tepung kastard, susu segar, gula, telur, esen vanilla, 10 gram serbuk agar-agar, perasa/warna.
Mula-mula potong dan susun kek di dalam bekas macam diatas. Siram kek dengan sedikit kuah fruit coctail. Masak tepung kastard dengan susu, gula. Bila dah likat, kecilkan api, kocok telur dengan esen vanilla, masukkan dalam adunan kastard kacau lagi. Jangan terlalu pekat sebab nanti susah nak tuang dalam acuan, ratakan adunan kastard di atas lapisan kek dan biarkan keras sebentar. Lapiskan buah-buahan coctail atas kastard. Masak agar-agar dengan sukatan yang ditulis pada paket. Letak pewarna dan perasa yang dikehendaki. Curah atas lapisan buah-buahan tadi. Sejukkan dan simpan dalam esbok 4 jam. Bila nak makan, potonglah atau guna sudu je dan hidang dalam piring/mangkuk puding.
Yang kat bawah ni pulak dibuat atas permintaan Balqis untuk guru2nya sempena Hari Guru. Dia kata jangan letak kek (sebab dia memang tak makan kek) kat bawah tu tapi letak biskut oreo.
Inilah hasilnya
No comments:
Post a Comment