Salam semua. Hari Sabtu lepas (19 Mei) Mak Mok sekeluarga telah pergi ke Pulau Sibu.
Ini sempena sambutan Hari Keluarga tempat kerja My Darling.
Kami Bergerak dari rumah di Kluang selepas Solat Zuhor. Perjalanan melalui Kahang Barat, Jalan Mersing Jamaluang dan masuk ke Felda Tenggaroh mengahala ke Jetty Tanjung Leman. Kami tiba pada jam 3.50 petang. Dari sana kami menaiki bot laju sekitar 20 minit ke Pulau Sibu.
Kita jamu matalah dengan kejadian Allah yang amat indah ni.. Bila tengok laut yang membiru dan terbentang luas ini terasa betapa kerdilnya kita sebagai hambaNYA. Sungguh menginsafkan.
Ada 11 keluarga yang meyertai Hari Keluarga ini (lebih kurang 44 orang dewasa dan kanak-kanak). Sebenarnya cuak juga nak naik bot laju, tapi bila nengok budak-budak kecik selamba je, kitapun
buat-buatlah selamba. Padahal dalam hati...
Pulau Sibu diwartakan sebagai Taman Laut. Jadi tidak hairan kalau lihat air lautnya yang jernih sehingga nampak anak-anak ikan yang berenang dalam kumpulan seperti gambar tu..
Gambar ni di ambil setibanya kami di Jeti Pulau Sibu lebih kurang jam 4.30 petang. Cuaca sangat cerah pada hari kami tiba dan pulang keesokannya.
Nampak tak ikan-ikan kecil tu? Rasa macam nak sauk je .
Kami menginap di Junansa Villa. Seronok tinggal kat tempat yang simple macam tu. . Bilik tidak ada televisyen. Gambar ni di ambil dari depan challet kami. Waktu itu air surut
Lagi permandangan dari depan challet
Petang yang cerah dan damai..
Crystal Clear Water. Itulah ungkapan yang boleh dirujuk pada gambar ini. Sebenarnya atas pasir dan serpihan batu karang ni ada air laut. Daun kering tu pun sebenarnya terapung. Gambar ni dirakam berhampiran kawasan bakau di tepi pantai.
Tuan-tuan dan puan-puan nampak itu ikan? Tuu yang sedang panjat akar bakau. Itu ikan belacak. Banyak ikan ni kat kawasan bakau Pulau Sibu. Ikan kecil ni boleh hidup di air dan darat. Nampak tak air laut yang jernih sesangat tu..
Kawasan pantai yang ada pokok bakau dan banyak ikan belacak
Pulau Sibu di kala matahari hampir tenggelam. Gambar di rakam dari jeti
Matahari dah tenggelam.. Macam mana? teringin tak nak melihat permandangan indah ini? Kenalah datang sendiri ke Pulau Sibu. Malam tu acara yang dijalankan selepas makan malam ialah bertukar-tukar hadiah
dan BBQ. Kaum lelaki tidak menunggu lama kerana mereka tak sabar nak memancing kat jeti.. Sebenarnya dari petang selepas semuanya check-in, ramai yang dah memancing. Malam tu My Darling pun joint sekali dengan penuh bersemangat sampai pukul 1.30 pagi.. Dah namanya memancing, ikut nasib. Dapatlah anak-anak ikan yang kecil. Tapi lepaslah keinginan nak memancing kat Pulau Sibu. Ada juga beberapa kelong untuk kaki pancing berhampiran dengan Pulau Sibu.
Selepas Subuh lebih kurang 6.45 pagi keesokan harinya, Mak Mok berjalan kat depan challet. Nyaman sungguh udara pagi.
Mak Mok ambil gambar ni dari jeti Junansa Villa. Kami tak boleh guna jeti ni masa sampai dan pulang sebab air surut. Kena berjalan agak jauh ke jeti besar di hadapan Coconut Village Resort.
Permandangan berhadapan tempat santapan menghadap ke laut.
Sebelum acara sukaneka , sekali lagi Mak Mok ke kawasan pantai kayu bakau kerana suka tengok akar bakau dan makhluk-makhluk kecil yang ada di situ.
Budak-budak dan Mak Budak seronok mandi laut.
Sebahagian permandangan Pulau Sibu dari Junansa Villa
2 gambar pantai yang luas terbentang ni terletak di bahagian belakang Junansa Villa. Untuk ke sana, kita kena berjalan kaki melalui denai hutan (jungle tracking) yang mengambil masa 15 minit dari Junansa Villa
Flora dan fauna di sepanjang laluan denai hutan
Selepas Makan tengahari dan cabutan nombor bertuah, semua anggota rombongan meninggalkan Pulau Sibu menggunakan 3 bot laju dan tiba di Jeti Tanjung Leman lebih kurang jam 3.15 petang.
Jumpa Lagi
No comments:
Post a Comment