Salam Semua. Punyalah malas Mak Mok ni. Ambil gambar dalam kuali je. Tak apelah, ini bukti memang Mak Mok yang masak Ayam Cili Padi ni kan ? Mak Mok masak seekor ayam yang agak besar (1.8 kg) dan tambah kentang 5 biji. Penduduk rumah ni semua suka kentang. Masak pada hari Jumaat 11 Mei lalu. Sengaja di masak banyak sebab hari sabtu (12 Mei) Mak Mok ada pertandingan memasak kat estet. Jadi anak-anak dah ada lauk nak makan tengahari Sabtu. Resepi biasa je. Tak payah tumis. Cuma masa kisar bawang, kunyit hidup dan cili padi, Mak Mok masukkan 2 sudu ketumbar biji. Lepas tu bila dah nak masak masukkan serai, kerisik dan daun limau purut.
Mak Mok kukuskan juga seekor ikan siakap saiz sederhana untuk hidangan tengahari tu. Sebab Mak Mok tak makan ikan siakap, jadi anak-anak tukang rasa. Habis seekor ikan tu sekali hadap je.
Untuk ingatan, cara masak ikan ni, lumur ikan dengan lada sulah dan garam, tabur bawang putih dan hirisan halia. Kukus sampai masak (Mata ikan keluar) Adun air (ikut banyak mana nak kuahnya), kiub ayam, lada sulah,kicap cair dan sedikit minyak bijan. Curahkan atas ikan, kukus sebentar lagi. Bila dah masak, panaskan 2 sudu minyak, curahkan atas badan ikan, Tabur dengan daun bawang dan ketumbar. Kalau nak pedas, letaklah cili padi. Resepi dapat dari Blog Paty's Kitchen ( Terima Kasih Puan Paty's) Ada banyak resepi menarik dan hebat dalam blog beliau. Tak caya cubalah buka blognya yeee..
No comments:
Post a Comment