Pernah jumpa tak orkid ni? Orkid ni pemberian Kekandaku Pn. Hj. Azidah Bt Hashim dan suaminya Tn. Hj. Faizulnudin B.Hashim. Mereka beli kat Sungai Buloh, Selangor. Sebenarnya gambar ni dah lebih dua tahun Mak Mok simpan sebab terlampau sayang dengan pokok orkid ni. Lama juga Mak Mok mengasuhnya barulah keluar tunas bunga.
Cantik tak rupa orkid ni?. Sejujurnya Mak Mok sangat kagum dengan rupa orkid ni. Sepanjang Mak Mok menjaga orkid ni adalah 4 kali dia berbunga. Tapi setiap kali bunga yang keluar berbeza-beza rupa dan warnanya, Subhanallah. Gambar-gambar yang terpapar di sini merupakan bunga yang terakhir dan paling lebat sampai sembilan kuntum.
Orkid ni berbunga semasa Mak Mok tinggal kat Estet Tereh Selatan, Kluang Johor.
Mungkin sebab pokoknya mendapat matahari pagi , air dan baja yang cukup dan tak ada serangga perosak, maka terhasillah bunga yang secantik ini. Mungkin orang lain dah jemu dan tak heran lagi tengok rupa orkid ni tapi Mak Mok rasa sangat excited melihat rupanya.
Setiap kali lepas berbunga, batangnya akan mengecut dan mati. Kemudian akan keluar batang yang baru dan keluar setangkai bunga. Proses ini mengambil masa setahun.
Tengok je gambar-gambar ni. Sekarang yang tinggal hanya pasunya aje... sedih betul
Ini bunga orkid apa pula?
Sebenarnya ini orkid yang sama dengan orkid yang besar kat atas tu. Gambar ni diambil semasa dia berbunga cuma 3 kuntum. Tengok bentuk bibir bunga tu macam terompah belanda kan?? Sebab tak tau nama orkid ni, Mak Mok panggil dia orkid terompah ( teruknya Mak Mok ni..)
Yang ni pun semua dah tinggal gambar je. Akibat berpindah randah ( dah kerja My Darling mcm tu) banyak orkid Mak Mok yang merajuk dan mati. Orkid ni sebenarnya tak lah sukar sangat nak menjaganya. Baja, cahaya dan air memainkan peranan dalam tumbesarannya.. Kalau cukup semua tu, tak ada yang telebih dan terkurang, insyaallah menjadi. Mak Mok minat sangat kat orkid sebab rupanya yang cantik dan unik serta tahan lama
No comments:
Post a Comment