-->
-Mak Mok Tomey-

Thursday, 17 May 2012

Segalanya Tinggal Kenangan




Pernah jumpa tak orkid ni?  Orkid ni pemberian  Kekandaku Pn. Hj. Azidah Bt Hashim dan suaminya Tn. Hj. Faizulnudin B.Hashim.  Mereka beli kat Sungai Buloh, Selangor.   Sebenarnya gambar ni dah lebih dua tahun Mak Mok simpan sebab terlampau sayang dengan pokok orkid ni.   Lama juga Mak Mok mengasuhnya barulah keluar tunas bunga.


Cantik tak rupa orkid ni?.  Sejujurnya Mak Mok sangat kagum  dengan rupa orkid ni.  Sepanjang Mak Mok menjaga orkid ni adalah 4 kali dia berbunga.  Tapi setiap kali bunga yang keluar berbeza-beza rupa dan warnanya,  Subhanallah.  Gambar-gambar yang terpapar di sini merupakan bunga yang terakhir dan paling lebat sampai sembilan kuntum.


Orkid ni berbunga semasa Mak Mok tinggal kat Estet Tereh Selatan, Kluang Johor.


Mungkin sebab pokoknya mendapat matahari pagi , air dan baja yang cukup dan tak ada serangga perosak, maka terhasillah bunga yang secantik ini.  Mungkin orang lain  dah jemu dan tak heran lagi  tengok rupa orkid ni tapi Mak Mok rasa sangat excited melihat rupanya.


Setiap kali lepas berbunga, batangnya akan mengecut dan mati.  Kemudian akan keluar batang yang baru dan keluar setangkai bunga. Proses ini mengambil masa setahun.


Tengok je gambar-gambar ni.  Sekarang yang tinggal hanya pasunya aje... sedih betul










Ini bunga orkid apa pula?


Sebenarnya ini orkid yang sama dengan orkid yang besar kat atas tu. Gambar ni diambil semasa dia berbunga  cuma 3 kuntum.  Tengok bentuk bibir bunga tu macam terompah belanda kan?? Sebab tak tau nama orkid ni, Mak Mok panggil dia orkid terompah ( teruknya Mak Mok ni..)




Yang ni pun semua dah tinggal gambar je.  Akibat berpindah randah ( dah kerja My Darling mcm tu) banyak orkid Mak Mok yang merajuk dan  mati.  Orkid ni sebenarnya tak lah sukar sangat nak menjaganya.  Baja, cahaya dan air memainkan peranan dalam tumbesarannya.. Kalau cukup semua tu, tak ada yang telebih dan terkurang, insyaallah menjadi.  Mak Mok minat sangat kat orkid sebab rupanya yang cantik dan unik serta tahan lama 


Jumpa lagi
Posted by Mak Mok Tomey at 23:51
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: bunga

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)
Pink Transparent Star), url(Pink Transparent Star), auto;}

Pukul Berapa Datuk Harimau..??

About Me

My photo
Mak Mok Tomey
Kluang, Johor, Malaysia
Surirumah sepenuh masa yang simple dan happy. Memasak, Menjahit, Menyulam dan kerja tangan merupaka minat utama saya
View my complete profile

Tentang Saya

Nama:Azlina Bt Hashim T.Lahir:18 July 1971 Umur:41 Tahun (2012) Suami:Zulkurnain Abd Majid Hobi:Memasak,Menjahit n Kraftangan

Sila Kunjungi Blog Ini ^_^


Shout Hear

My Facebook

Azlina Hashim

Reka Lencana Anda

Followers

Blog Archive

  • ►  2014 (2)
    • ►  September (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (3)
    • ►  November (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2012 (50)
    • ►  August (2)
    • ►  July (7)
    • ►  June (11)
    • ▼  May (9)
      • Pulau Sibu, Mersing, Johor...
      • Segalanya Tinggal Kenangan
      • Seri Muka (Yang Tak Berseri) dan Karipap Gemuk
      • Ayam Cili Padi dan Ikan Kukus
      • Mari Kita "Memuding"
      • Pertandingan Masakan dan Gubahan Anjuran WOW
      • Tanam-tanaman Kat Estet
      • Hitam Putih Kehidupan.. dan Persiapan Kenduri Tahl...
      • Sulam Menyulam
    • ►  April (8)
    • ►  March (2)
    • ►  February (11)
Picture Window theme. Powered by Blogger.