-->
-Mak Mok Tomey-

Wednesday, 23 May 2012

Pulau Sibu, Mersing, Johor...




Salam semua.  Hari Sabtu lepas (19 Mei) Mak Mok sekeluarga telah pergi ke Pulau Sibu.
Ini sempena sambutan Hari Keluarga tempat kerja My Darling.


Kami Bergerak dari rumah di Kluang selepas Solat Zuhor.  Perjalanan melalui Kahang Barat, Jalan Mersing Jamaluang dan masuk ke Felda Tenggaroh mengahala ke Jetty Tanjung Leman.  Kami  tiba pada jam 3.50 petang.  Dari sana kami menaiki bot laju sekitar 20 minit ke Pulau Sibu.


Kita jamu matalah dengan kejadian Allah yang amat indah ni.. Bila tengok laut yang membiru dan terbentang luas ini terasa betapa kerdilnya kita sebagai hambaNYA.  Sungguh menginsafkan.

Ada 11 keluarga yang meyertai Hari Keluarga ini  (lebih kurang 44 orang dewasa dan kanak-kanak).  Sebenarnya cuak juga nak naik bot laju, tapi bila nengok budak-budak kecik selamba je, kitapun 
buat-buatlah selamba.  Padahal dalam hati... 


Pulau Sibu diwartakan sebagai Taman Laut.  Jadi tidak hairan kalau lihat air lautnya yang jernih sehingga nampak anak-anak ikan yang berenang dalam kumpulan  seperti gambar tu..


Gambar ni di ambil setibanya kami di Jeti Pulau Sibu lebih kurang jam 4.30 petang.  Cuaca sangat cerah pada hari kami tiba dan pulang keesokannya.


Nampak tak ikan-ikan kecil tu?  Rasa macam nak sauk je .


Kami menginap di Junansa Villa.  Seronok tinggal kat tempat yang simple macam tu. . Bilik tidak ada televisyen.  Gambar ni di ambil dari depan challet kami.  Waktu itu air surut


Lagi permandangan dari depan challet


Petang yang cerah dan damai..


Crystal Clear Water.  Itulah ungkapan yang boleh dirujuk pada gambar ini.  Sebenarnya atas pasir dan serpihan batu karang ni ada air laut.  Daun kering tu pun sebenarnya terapung.  Gambar ni dirakam berhampiran kawasan bakau di tepi pantai.


Tuan-tuan dan puan-puan nampak itu ikan? Tuu yang sedang panjat akar bakau. Itu ikan belacak.  Banyak ikan ni kat kawasan bakau Pulau Sibu.  Ikan kecil ni boleh hidup di air dan darat.  Nampak tak air laut yang jernih sesangat tu..



Kawasan pantai yang ada pokok bakau dan banyak ikan belacak


Pulau Sibu di kala matahari hampir tenggelam.  Gambar di rakam dari jeti





Matahari dah tenggelam.. Macam mana? teringin tak nak melihat permandangan indah ini?  Kenalah datang sendiri ke Pulau Sibu.  Malam tu acara yang dijalankan selepas makan malam ialah bertukar-tukar hadiah 
dan BBQ.  Kaum lelaki tidak menunggu lama kerana mereka tak sabar nak memancing kat jeti.. Sebenarnya dari petang selepas semuanya check-in,  ramai yang dah memancing.  Malam tu My Darling pun joint sekali dengan penuh bersemangat sampai pukul 1.30 pagi.. Dah namanya memancing, ikut nasib.  Dapatlah anak-anak ikan yang kecil.  Tapi lepaslah keinginan nak memancing kat Pulau Sibu.  Ada juga beberapa kelong untuk kaki pancing berhampiran dengan Pulau Sibu.  


Selepas Subuh lebih kurang 6.45 pagi keesokan harinya,  Mak Mok berjalan kat depan challet.  Nyaman sungguh udara pagi.


Mak Mok ambil gambar ni dari jeti Junansa Villa.  Kami tak boleh guna jeti ni masa sampai dan pulang sebab air surut.  Kena berjalan agak jauh ke jeti besar di hadapan Coconut Village Resort.



Permandangan berhadapan tempat santapan menghadap ke laut.



Sebelum acara sukaneka , sekali lagi Mak Mok ke kawasan pantai kayu bakau kerana suka  tengok  akar bakau dan makhluk-makhluk kecil yang ada di situ.




Budak-budak dan Mak Budak seronok mandi laut.





Sebahagian  permandangan Pulau Sibu dari Junansa Villa



2 gambar pantai yang luas terbentang ni terletak di bahagian belakang Junansa Villa.  Untuk ke sana, kita kena berjalan kaki melalui denai hutan (jungle tracking) yang mengambil masa 15 minit dari Junansa Villa  




Flora dan fauna di sepanjang laluan denai hutan



Selepas Makan tengahari dan cabutan nombor bertuah, semua anggota rombongan meninggalkan Pulau Sibu menggunakan 3 bot laju dan tiba di Jeti Tanjung Leman lebih kurang jam 3.15 petang. 

Jumpa Lagi




Posted by Mak Mok Tomey at 01:24
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)
Pink Transparent Star), url(Pink Transparent Star), auto;}

Pukul Berapa Datuk Harimau..??

About Me

My photo
Mak Mok Tomey
Kluang, Johor, Malaysia
Surirumah sepenuh masa yang simple dan happy. Memasak, Menjahit, Menyulam dan kerja tangan merupaka minat utama saya
View my complete profile

Tentang Saya

Nama:Azlina Bt Hashim T.Lahir:18 July 1971 Umur:41 Tahun (2012) Suami:Zulkurnain Abd Majid Hobi:Memasak,Menjahit n Kraftangan

Sila Kunjungi Blog Ini ^_^


Shout Hear

My Facebook

Azlina Hashim

Reka Lencana Anda

Followers

Blog Archive

  • ►  2014 (2)
    • ►  September (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (3)
    • ►  November (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2012 (50)
    • ►  August (2)
    • ►  July (7)
    • ►  June (11)
    • ▼  May (9)
      • Pulau Sibu, Mersing, Johor...
      • Segalanya Tinggal Kenangan
      • Seri Muka (Yang Tak Berseri) dan Karipap Gemuk
      • Ayam Cili Padi dan Ikan Kukus
      • Mari Kita "Memuding"
      • Pertandingan Masakan dan Gubahan Anjuran WOW
      • Tanam-tanaman Kat Estet
      • Hitam Putih Kehidupan.. dan Persiapan Kenduri Tahl...
      • Sulam Menyulam
    • ►  April (8)
    • ►  March (2)
    • ►  February (11)
Picture Window theme. Powered by Blogger.