-->
-Mak Mok Tomey-

Thursday, 17 May 2012

Pertandingan Masakan dan Gubahan Anjuran WOW




Selamat petang semua.  Bunga lily memang bunga kegemaran Mak Mok.  Suka dengan bau dan bentuknya yang menarik.  Setangkai lily akan mengharumkan segenap ruang rumah..  


Mak Mok beli lily ni sebab nak jadikan bunga hiasan masa pertandingan memasak anjuran WOW kat estet pada 12 Mei lepas. Ada 5 buah estet yang mengambil bahagian.  Mak Mok ni sekadar menolong staff pejabat My Darling.  Hidangan yang menjadi tema pertandingan hari tu ialah Ikan Bawal Kukus, Sayur Campur, Salad Buah-Buahan dan Jus Oren Segar.  Selain tu ada juga pertandingan gubahan lipatan tuala.  Seronoknya .  Macam-macam gelagat boleh tengok.


Ini gubahan staff My Darling yang menang tempat pertama  (Harta Karun Lanun).  Tahniah Fiza. Tak sia sia menyental kulit kerang sampai putih bersih huhuhu


Ini pula yang dapat tempat kedua.  Comelkan peraduan pink ni.  Kreatif betul  wanita-wanita kat estet ni.



Ini Hidangan yang dapat tempat Pertama. Berwarna-warni dan berjaya memikat hati juri.


Ini pulak yang mendapat tempat Kedua.   Cuba tengok ukiran ikan dari betik  dalam balang tu.  Kreatif  kan? Mak Mok kau ni tak lah sampai tahap tu nak membuatnya.


Yang inilah tuan tanah masak.  Dapatlah tempat ke tiga.  Mak Mok kukus ikan chinese style.  Hiasanpun ala-ala je. Memang dari dulu kalau masuk pertandingan masak, Mak Mok akan hias cara yang ringkas  gitu. Salah satu sebabnya tak nak pembaziran.  Apa yang terhidang dalam pinggan semua boleh dimakan Tak pandai nak ukir-ukir buah dan sayur mayur tu.  Mangkuk salad pulak  tak bawak jadi terpaksa hidang  salad buah dalam cocktail glass kau, lepass tu jus orenpun letak dalam gelas juga.  Mana taknya, pinggan mangkuk dibawa dari rumah My Darling kat estet.  Mak Mok cuma bawak bahan masak je dari rumah luar.

 Tapi apapun Mak Mok seronok dapat menghidang makanan dalam masa satu setengah jam yang ditetapkan bersama my partner.  Mak Mok masak dengan Puan Ai (staff My Darling)..Lepas ni kena masuk kelas carving buah dan sayur mayur nampaknya mak mok..  Buruk bebenor rupa hidangan kau tu.. Cer nengok orang lain punya.  Meriah  sesangat..


Posted by Mak Mok Tomey at 04:14
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)
Pink Transparent Star), url(Pink Transparent Star), auto;}

Pukul Berapa Datuk Harimau..??

About Me

My photo
Mak Mok Tomey
Kluang, Johor, Malaysia
Surirumah sepenuh masa yang simple dan happy. Memasak, Menjahit, Menyulam dan kerja tangan merupaka minat utama saya
View my complete profile

Tentang Saya

Nama:Azlina Bt Hashim T.Lahir:18 July 1971 Umur:41 Tahun (2012) Suami:Zulkurnain Abd Majid Hobi:Memasak,Menjahit n Kraftangan

Sila Kunjungi Blog Ini ^_^


Shout Hear

My Facebook

Azlina Hashim

Reka Lencana Anda

Followers

Blog Archive

  • ►  2014 (2)
    • ►  September (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (3)
    • ►  November (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2012 (50)
    • ►  August (2)
    • ►  July (7)
    • ►  June (11)
    • ▼  May (9)
      • Pulau Sibu, Mersing, Johor...
      • Segalanya Tinggal Kenangan
      • Seri Muka (Yang Tak Berseri) dan Karipap Gemuk
      • Ayam Cili Padi dan Ikan Kukus
      • Mari Kita "Memuding"
      • Pertandingan Masakan dan Gubahan Anjuran WOW
      • Tanam-tanaman Kat Estet
      • Hitam Putih Kehidupan.. dan Persiapan Kenduri Tahl...
      • Sulam Menyulam
    • ►  April (8)
    • ►  March (2)
    • ►  February (11)
Picture Window theme. Powered by Blogger.