-->
-Mak Mok Tomey-

Thursday, 17 May 2012

Seri Muka (Yang Tak Berseri) dan Karipap Gemuk




Buat seri muka ni hari Ahad 13 Mei, Resepi dari arwah  mak..(dah 8 tahun dia tinggalkan Mak Mok, rindunyaa)  Sebenarnya ada lebihan beras pulut dalam 400 gm kat dalm esbok. Ada pulak kelapa yang di bawa dari estet yang pecah.  Jadilah projek buat kuih ni.  Lama juga tak buat kuih ni.  Bukan tak suka tapi penduduk kat dalam rumah tak minat nak makan.  Jadi kalau buat mesti nak tunggu kenduri atau majlis makan-makan.


Rendam sekejap beras pulat,  kukus terus dalam talam dengan santan kemencar (cair)yang bercampur garam sampai masak.  Keluarkan dan tekan padat.  Kukus semula 5 minit.  Adun tepung gandum, tepung jagung dengan santan pekat, gula, telur dan air pandan. (perah santan dengan jus pandan) . Tapis adunan dan curah atas pulut.  Kukus hingga masak.  Mak Mok ikat kain kat tutup kukus supaya air tak jatuh masuk kat permukaan kuih.  
Kena sejukkan betul-betul kuih ni setelah diangkat baru senang di potong.  Kalau nak cepat  sejuk cara Mak Mok, rendam talam dalam dulang yang berisi air, kemudian pasanglah kipas.  Dalam 1 jam dah sejuk  dan bolehlah hidang.  Kuih ni Mak Mok potong sepiring je kat rumah, yang lebihnya bagi kat jiran-jiran. 


Petang tu buat juga karipap ni.  Lebihan inti karipap yang buat kat estet hari tu ada dalam pembeku.  Mak Mok uli secawan besar tepung dengan minyak panas, air ais dan garam.  Lepas rehatkan doh tu sekejap dalam esbok barulah di bentuk jadi karipap.  Ini semua Husna yang buat (bolehlah harap anak dara ni buat karipap,  walaupun guna acuan, tapi dia kelim tepinya dengan tangan)  Tu sebab selagi ada inti di sumbat dalam kulit karipap. Punyalah tembam dan montel karipap tu sampai tepung doh terlebih dan inti tak cukup. Mak Mok canai tipis doh kulit karipap yang lebih tu, gunting  panjang-panjang dan goreng garing macam kerepek.  Tau-tau itu yang habis dulu... 



Kulit karipap ni sangat garing dan lembut.. Masa nak mula masukkan karipap dalam kuali,  jangan guna api yang besar dan minyak tak boleh terlalu panas.  Nanti kulit karipap tak cantik macam ada jerawat.  Perlu sabar sebab proses goreng agak lama tapi hasilnya sangat memuaskan hati.  Nak hidang kat tetamupun  tak segan, apalagi kalau nak jadikan buah tangan ke majlis kenduri.

Jumpa Lagi Ye
Posted by Mak Mok Tomey at 23:14 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Kuih

Ayam Cili Padi dan Ikan Kukus




Salam Semua.  Punyalah malas Mak Mok  ni. Ambil gambar dalam kuali je.  Tak apelah,   ini bukti memang Mak Mok yang masak Ayam Cili Padi ni kan ?  Mak Mok masak seekor ayam yang agak besar (1.8 kg) dan tambah kentang 5 biji.  Penduduk rumah ni semua suka kentang.   Masak pada hari Jumaat 11 Mei lalu.  Sengaja di masak banyak sebab hari sabtu (12 Mei) Mak Mok ada pertandingan memasak kat estet.  Jadi anak-anak dah ada lauk nak makan tengahari Sabtu.  Resepi biasa je. Tak payah tumis. Cuma masa kisar bawang, kunyit hidup dan cili padi, Mak Mok masukkan 2 sudu ketumbar biji.  Lepas tu bila dah nak masak masukkan serai, kerisik dan daun limau purut.


Mak Mok kukuskan juga seekor ikan siakap saiz sederhana untuk hidangan tengahari tu.  Sebab Mak Mok tak makan ikan siakap, jadi anak-anak tukang rasa.  Habis seekor ikan tu sekali hadap je.


Untuk ingatan, cara masak ikan ni, lumur ikan dengan lada sulah dan garam, tabur bawang putih dan hirisan halia. Kukus sampai masak (Mata ikan keluar) Adun air (ikut banyak mana nak kuahnya), kiub ayam, lada sulah,kicap cair dan sedikit minyak bijan. Curahkan atas ikan, kukus sebentar lagi.  Bila dah masak, panaskan 2 sudu minyak, curahkan atas badan ikan,  Tabur dengan daun bawang dan ketumbar. Kalau nak pedas, letaklah cili padi.  Resepi dapat dari Blog Paty's Kitchen ( Terima Kasih Puan Paty's) Ada banyak resepi menarik dan hebat dalam blog beliau.  Tak caya cubalah buka blognya yeee..


Jumpa Lagi
Posted by Mak Mok Tomey at 15:26 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Mari Kita "Memuding"




Salam semua.  Rosak bahasa Mak Mok ni.  Mana ada perkataan "Memuding" dalam Kamus Dewan.  Sebenarnya Mak Mok buat puding.. 


Nampak meriah puding ni .. Projek puding ni terjadi disebabkan ada lebihan kek batik arora yang diberi oleh jiran  semasa kenduri tahlil arwah kat estet tempohari.  Bahan lain semua ada dalam stok.  Ternampak resepi Puding Triffle ni kat Blog MADIHAA a.k.a Ratna. ( Terima kasih Puan Ratna)  Bahan-bahan lain yang diperlukan ialah 1 tin fruit coctail, 4 sudu besar tepung kastard, susu segar, gula, telur, esen vanilla, 10 gram serbuk agar-agar, perasa/warna.



Mula-mula potong dan susun kek di dalam bekas macam diatas. Siram kek  dengan sedikit kuah fruit coctail. Masak tepung kastard dengan susu, gula. Bila dah likat, kecilkan api, kocok telur dengan esen vanilla, masukkan dalam adunan kastard kacau lagi. Jangan terlalu pekat sebab nanti susah nak tuang dalam acuan, ratakan adunan kastard di atas lapisan kek dan biarkan keras sebentar.  Lapiskan buah-buahan coctail atas kastard. Masak agar-agar dengan sukatan yang ditulis pada paket.  Letak pewarna dan perasa yang dikehendaki.  Curah atas lapisan buah-buahan tadi.  Sejukkan dan simpan dalam esbok 4 jam.  Bila nak makan, potonglah atau guna sudu je dan hidang dalam piring/mangkuk puding.


Yang kat bawah ni pulak dibuat atas permintaan Balqis untuk guru2nya sempena Hari Guru.  Dia kata jangan letak kek (sebab dia memang tak makan kek) kat bawah tu tapi letak biskut oreo.   


Inilah hasilnya



Nampak tak biskut oreo kat bawah tu.. Apa ajelah Balqis.  Tadi dia balik sekolah, dia minta buatkan lagi. Kali ni dia nak jual pulak sebab kawan-kawan dia ada yang pesan nak beli.  Mak Mok tak jawabpun, tapi dalam hati jawab Alahhhhh malasnya mak...

JUMPA LAGI...
Posted by Mak Mok Tomey at 07:24 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Puding
Subscribe to: Posts (Atom)
Pink Transparent Star), url(Pink Transparent Star), auto;}

Pukul Berapa Datuk Harimau..??

About Me

My photo
Mak Mok Tomey
Kluang, Johor, Malaysia
Surirumah sepenuh masa yang simple dan happy. Memasak, Menjahit, Menyulam dan kerja tangan merupaka minat utama saya
View my complete profile

Tentang Saya

Nama:Azlina Bt Hashim T.Lahir:18 July 1971 Umur:41 Tahun (2012) Suami:Zulkurnain Abd Majid Hobi:Memasak,Menjahit n Kraftangan

Sila Kunjungi Blog Ini ^_^


Shout Hear

My Facebook

Azlina Hashim

Reka Lencana Anda

Followers

Blog Archive

  • ▼  2014 (2)
    • ▼  September (1)
      • Ikhtiar hidup di Pasir Logok
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (3)
    • ►  November (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (50)
    • ►  August (2)
    • ►  July (7)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (8)
    • ►  March (2)
    • ►  February (11)
Picture Window theme. Powered by Blogger.