Salam semua. 4 Jun lepas, Mak Mok pegi menghantar Kak Long menyambung belajar kat Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) terletak di Kuala Sungai Baru, Melaka.. Seawal 8.00 pagi Mak Mok dah tiba dan dan penuh kawasan kolej dengan pelajar baru dan kaum keluarga . Nasib baik pihak kolej dah siapkan banyak khemah untuk keluarga menunggu urusan pendaftara selesai. Kak long ambil diploma perakaunan. 3 tahun dia akan belajar di sana , Insyaallah.
Dah selesai urusan pendaftaran, hantar pula dia kat RUMSIS TUN TEJA. Penginapan untuk dia sepanjang minggu haluansiswa. Satu apartment yang mengandungi 3 bilik dan boleh memuatkan 10 orang pelajar dalam satu masa.
Dalam bilik comel ni, ada 2 double decker dan 4 almari. Ruang study terletak di ruang tamu apartment.. Selain itu, terdapat ruang pantry dan dua bilik air untuk setiap apartment
Bila dah selesai urusan bilik, dan makan tengahari di kafeteria kolej. Mak Mok dan My Darling kena dengar taklimat pegawai kewangan kolej kat audotorium ni. Lepas tu Majlis perasmian oleh Naib Canselor pulak berlangsung. Mak Mok tinggalkan Kak Long lebih kurang jam 5.00 petang
Salam, sy nak tanya.. asrama lelaki tu satu bilik kongsi berapa orang ye? sebab december ni sy sambung belajar kat kuim. salam dari Brunei :)
ReplyDelete