Salam.. Ingat tak dulu Mak Mok pernah cerita pasal kucing yang namanya Kakak. Selain Kakak, Mak Mok juga ada seekor lagi kucing. Nama dia NYONYA.. (ala-ala nyonya Melaka gitu) Nama dia ni arwah atuk Mak Mok yang bagi. Bayangkan, arwah Atuk dah meninggal dekat 10 tahun. Agak-agak berapa umur si Nyonya ni. Jangan tak percaya. Dia dah 16 tahun ++ tahun ni
Dia muda sikit je dari si Kakak. Dia kucing betina, berbulu pendek dan ada 3 colour.
Orang kata, kucing yang 3 colour ada luck, ye ke?? tak ada maknanya hahaha
Dia ni tak berapa manja, sama macam kakak. Kalau nampak orang yang dia tak kenal, lintang pukang dia lari. Dia tak suka dipegang2. Hobi dia lebih kurang kakak juga, iaitu suka tidur atau masuk kat dalam kotak ke, bakul ke.. Tengok tu haa Ingat comellah buat macam tu..
Nyonya ni dah di kasi. Dah tak boleh beranak dah. So kerjanya makan dan tidur. Badannya sangat pejal dan lebih berat dari Kakak.. Bulu dia tak gugur sangat. Tapi dia sangat cerewet bab makan..Adoiii. Dia tak akan makan makanan kering yang macam Kakak makan tu.. Kalau makan, dia muntah.. Very the berlagak. Dia makan makanan yang dalam tin tu.. (of coz lebihlah bajet untuk dia berbanding Kakak). Tak padan kucing kampung youu.. Lagi satu, makanan yang terhidang untuk dia mesti untuk sekali makan je, no ulang-ulang. kalau ada yang terlebih jangan harap dia nak jamah lagi, kirim salam. Dia akan makan kalau kita basuh semula pinggan tu dan isi yang baru. Sebab tu kalau bagi dia makan kena bagi sikit dulu, kalau nak lagi kena tambah.. Dia kalau dah kenyang, terus tidur dan tak akan mintak makan lagi sampai 5-6 jam. Jangan si Kakak, pantang orang melangkah ke dapur mesti buat muka sedih mintak makan.
Percaya tak Nyonya boleh tidur dalam ni sampai berjam-jam. Sebenarnya ini bakul isi remote TV dan CD Player. Baru-baru ni dia kena kejar dengan kucing liar kat luar rumah. Dia terus lari panjat atap dan duduk kat atas bumbung sampai 3 hari. Jenuh nak turunkan. Last sekali dapat juga umpankan dengan makanan dia, lepas tu letak si Kakak kat tepi atap tu. Dah kita tak tau bahasa kucing. Suruhlah si Kakak duduk buat muka seposen lepas tu ngiau2.. Barulah dia datang dekat dan dapat tangkap kaki dia. My Darling kata biarkan aje dia kat atas tu. Mana tau kalau turun besok dah bertanduk, baru gempak.. Boleh????
Adoiii memang bakar darah dengan perangai budak 2 ekor ni.. Jiran2 kat sini dah biasa sangat dengar Mak Mok bercakap dengan kucing2 ni macam berbual dengan orang.. dah terbiasa sebab dia dah menemani Mak Mok berbelas tahun.. Mood Mak Mok pun dia dah fahamm..
No comments:
Post a Comment