Salam.. Dah makan malam? Mak mok puasa hari ni.. Buka puasa dengan menu ringkas2 je..Tengahari tadi Mak Mok masak keli goreng berlado. Guna cili padi hijau, bawang putih, bawang merah dan asam keping. Goreng sampai kering. Lepas tu buat bening kentang dengan suhun. Husna yang tolong masak sebab Mak Mok sibuk menjahit. Bagi arahan je. Tapi bab goreng ikan tetaplah Mak Mok yang kena buat. Ikan keli kalau di goreng kuat meletup2. Tak beranilah budak ni nak dekat dengan kuali walaupun bertutup.. alahaiii sampai bilalah agaknya tu..
Lauk yang kat gambar ni dah masak lama. Hari Sabtu 7 April lepas.. Masa tu ke Pasar Tani. Jumpa ikan tongkol yang agak segar jg keadaannya. Beli seekor dan buatlah masak cam ni.
Mak Mok pertama kali makan masa pegi rumah sedara kat Pulau Pangkor bulan Disember lepas (Keluarga Moyang sebelah Arwah Ayah dari sana). Masa tu mereka hidang lauk ni guna ikan campur2 yang masih segar. Rasa sedap sangat. Katanya lauk ini memang resepinya berasal dari Pulau Pangkor..
- Ikan Tongkol ( cuci bersih, rebus dengan asam dan garam guna sedikit air dgn api perlahan)
- Bawang putih, Bawang Merah, Halia*
- Cili Kisar
- Jintan Putih, Jintan Manis*
- Belacan*
- Santan
- Daun Kari, asam keping
Kisar bahan yang bertanda* kemudian tumis dengan cili kisar sampai garing, masuk santan, daun kari dan asam keping. Masukkan ikan. Sesuaikan rasa garam dan asam. Hidang dengan nasi tau roti.
Kat Pasar Tani juga kita boleh jumpa macam-macam sayur kampung. Contohnya yang kat gambar atas ni. Dulu Mak Mok tak tau yang daun ni boleh di makan. Lepas nikah dengan My Darling baru tau makan benda ni. Sekarang duduk kat Johor, ramai kawan-kawan keturunan Jawa memang tau makan sayur ni. Kat sini orang panggil sayur GENJER tak pun CENTONGAN. Dah sah2 nama jawa. My Darling panggil Keladi Air atau LEWES (Bahasa Orang Sauk, Kuala Kangsar lahh)
Style masak sayur ni sama seperti kita goreng sayur yang lain juga,tapi kena celur dulu. Tumis bawang dan ikan bilis barulah masukkan sayur yang dah di celur. Boleh letak cili sikit kalau nak kasi pedas. Kena makan panas2.
Daun dan bunga Genjer/Centongan/Keladi Air. Harga seikat RM 1.00 jee. Nak tau macam mana rasanya marilah datang sini.. Mungkin pada orang lain ini sayur biasa je, tapi bagi Mak Mok sangat eksotik dan istimewa.. Sedap tau..
Jumpa Lagi
No comments:
Post a Comment