-->
-Mak Mok Tomey-

Saturday, 7 July 2012

Vadeii Yang Tak Pernah Menjemukan..




Kuih ni dari dulu lagi dah pandai makan, Ingat lagi masa tu, kakak yang no. 4 (Kak Teh)
 Pn Azimah Bt Hashim sedang belajar di Maktab Perguruan Sri Kota , Kuala Lumpur sekitar tahun 1985.  Dia yang mengajar buat kuih ni setelah belajar dengan keluarga kawannya.


Kuih ni sangat mudah cara penyediaannya. Tak banyak bahan cuma kena rendam kacang dal dalam 3 jam sebelum di kisar..  Tapi biasalah Mak Mok memang gagal bab-bab nak buat bentuk vadeii yang cantik macam orang India jual tu.. Tak percaya cuba tengok vadeii yang Mak Mok buat, rupa dah 
macam cokodok je kan ? 


Di sebabkan My Darling sangat-sangat sukakan kuih ni...makanya kerap jugalah kuih ni Mak Mok buat. Anak-anakpun suka..Yang kat dalam gambar ni Mak Mok buat Jumaat lepas.  Bahan-bahan yang Mak Mok gunakan ialah 400 gm kacang dal (rendam 2-3 jam) kemudian kisar dengan air yang sedikit, sebiji bawang besar, cili merah, jintan manis, udang kering dan paling penting daun kari di hiris2.  Lepas gaul semua bahan tu, panaskan minyak.   Bentukkan adunan guna tangan  dan masukkan terus dalam minyak panas.  Goreng sampai nampak garing dan kekuningan.


Masak lemak putih daun pegaga dengan keledek yang Mak Mok masak pada sebelah tengaharinya.  Pagi tu Mak Mok membersihkan halaman yang sekangkang semut tu.  Daun pegaga dah terlampau buas merayap sampai ke rumah jiran sebelah.  Mak Mok kemaskanlah apa yang patut dan ambil secekak. Selebihnya bagilah kat jiran-jiran.  Beli keledek 2 biji kecil, masaklah lemak putih ni. Mak Mok guna ikan bilis sebagai rencah disamping bawang, daun kunyit ,serai dan santan segar..

Jumpa lagi


Posted by Mak Mok Tomey at 04:15
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)
Pink Transparent Star), url(Pink Transparent Star), auto;}

Pukul Berapa Datuk Harimau..??

About Me

My photo
Mak Mok Tomey
Kluang, Johor, Malaysia
Surirumah sepenuh masa yang simple dan happy. Memasak, Menjahit, Menyulam dan kerja tangan merupaka minat utama saya
View my complete profile

Tentang Saya

Nama:Azlina Bt Hashim T.Lahir:18 July 1971 Umur:41 Tahun (2012) Suami:Zulkurnain Abd Majid Hobi:Memasak,Menjahit n Kraftangan

Sila Kunjungi Blog Ini ^_^


Shout Hear

My Facebook

Azlina Hashim

Reka Lencana Anda

Followers

Blog Archive

  • ►  2014 (2)
    • ►  September (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (3)
    • ►  November (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2012 (50)
    • ►  August (2)
    • ▼  July (7)
      • LaUK2 MuDAh
      • ARnaB BUBU..
      • SambAL meNGidaM..
      • crEaMy AnD YUMMY..
      • lauk-lauk biasa
      • bakar-bakar jagung
      • Vadeii Yang Tak Pernah Menjemukan..
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (8)
    • ►  March (2)
    • ►  February (11)
Picture Window theme. Powered by Blogger.