-->
-Mak Mok Tomey-

Sunday, 22 April 2012

Bestnya Bingka Labu Ni...




Salam.  Dah siap masak baru dapat menjenguk ke mari.  Hari ni masak asam pedas ikan selar je.  Goreng tempe, buat sambal kicap last sekali bening kobis. Alhamdulillah. rezeki hari ini.  Ikan selar tu beli kat econsave petang semalam.  Pegi dengan My Darling lepas ambik Alang dengan Balqis kat tempat tuisyen.  Tempe tu pula beli masa lawatan ke Kg. Permatang Duku, Benut,  Sebenarnya hari sabtu hari tu joint WOW(Women Onward) perkumpulan wanita kat estet tempat My Darling kerja. Kami lawat tempat buat tempe dengan pembuatan jus nanas.  Maklumlah daerah Pontian kan ke banyak nanas..

Ce nengok gambar kuih kat atas tu.. tu kuih bingka labu yang Mak Mok buat malam tadi.  Labu tu My Darling yang bawa balik dari estet.  Bukan dia tanam tapi pemberian kawan dari estet sebelah.  Dia bawak balik 2 biji saiz agak besar . Lebih kurang 2.5 kg sebiji.  Sebiji dari labu ni dah cedera, mungkin sebab jatuh.  Cepat-cepatlah  di projekkan..




Jadilah kuih bingka labu ni haa..  Dulu-dulu kuih bingka dibakar dalam acaun yang berlubang kat tengah tu.  Bakar pakai dapur minyak tanah Butterfly.. Sekarang Mak Mok Buat kuih bingka bakar dalam talam je.  Masuk pulak dalam oven.  Resepi ikut dalam Blog Sinar Kehidupanku (yatiememories)  Setakat ni kalau cuba resepi Puan Yatie, belum pernah meragam lagi.  Menjadi semua.  Terima kasih banyak Puan Yatie. Tak semua orang ikhlas nak berkongsi resepi macam Puan Yatie.  Sekarang ada ramai blogger masakan yang saban hari menulis pelbagai resepi di blog.  Mudah sangat kalau nak tahu / belajar memasak sesuatu.



Pada Mak Mok bingka ni saaangat sedap.  Cukup rasa lemas dan manisnya. Lembut dan sesuai sebagai sarapan, minum petang ataupun sebagai buah tangan kalau nak pergi ke rumah kenduri.. Di bawah ini adalah resepi kuih ini sebagai ingatan pada masa depan :

2 biji telur
2 cwn tepung gandum
2 cwn santan
1/2 cwn gula halus
1/2 cwn susu pekat manis
secubit garam
1 sdk vanilla
2 sd minyak sapi //butter
(blender sebati semua bahan) kemudian campurkan dengan
2 cwn labu (siap direbus dan  dilenyek) 
/gris loyang loyang dengan butter. isi adunan. bakar selama 1 jam 15 minit. 


Mak Mok  bakar guna loyang 10 x 10.  3/4 Loyang dah dibekalkan pada My darling yang masuk ke estet  awal pagi tadi. Biarlah dia bawa kat opis buat makan-makan dengan staff..  Kalau  kat rumah kuih macam ni kurang larisnya, sebab budak-budak tak gemar kuih manis mcm ni,  Tinggalkan  untuk ambik gambar je...  Sabor  Yolahhh.  Lepas ni nanti mesti ada resepi koci labu ke, gulai lemak labu ke dan apa je yang ada kaitan dengan labu sebab nak menghabiskan stok  labu..  Labu  yang lebih buat kuih ni semalampun banyak lagi tapi dah jadi puree dan simpan dalam pembeku.. Haiiii Labu ohhhh labu


Jumpa lagi.
Posted by Mak Mok Tomey at 23:25
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)
Pink Transparent Star), url(Pink Transparent Star), auto;}

Pukul Berapa Datuk Harimau..??

About Me

My photo
Mak Mok Tomey
Kluang, Johor, Malaysia
Surirumah sepenuh masa yang simple dan happy. Memasak, Menjahit, Menyulam dan kerja tangan merupaka minat utama saya
View my complete profile

Tentang Saya

Nama:Azlina Bt Hashim T.Lahir:18 July 1971 Umur:41 Tahun (2012) Suami:Zulkurnain Abd Majid Hobi:Memasak,Menjahit n Kraftangan

Sila Kunjungi Blog Ini ^_^


Shout Hear

My Facebook

Azlina Hashim

Reka Lencana Anda

Followers

Blog Archive

  • ►  2014 (2)
    • ►  September (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (3)
    • ►  November (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2012 (50)
    • ►  August (2)
    • ►  July (7)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ▼  April (8)
      • Apa Pengajaran Dari Foto Ini??
      • Lupa Nak Perkenalkan Budak Berekor Ni..
      • orkid lili yang harum kala senja... seramnya
      • Buah Hati Pengarang Jantung
      • Ikan Masak Belacan dan Sayur Genjer
      • flora dan fauna
      • Bestnya Bingka Labu Ni...
      • APAM DOT DOT DOT
    • ►  March (2)
    • ►  February (11)
Picture Window theme. Powered by Blogger.