-->
-Mak Mok Tomey-

Friday, 13 April 2012

APAM DOT DOT DOT




Salam.. lama tak jengah ke mari.  Nak kata sibuk memang sentiasa sibuk dgn kerja rumah.  Projek jahitan pun tak boleh nak ditinggal, nanti tak siap pulak  baju tempahan.  Cuaca kat Kluang sekarang tak dapat di jangka, kadang-kadang hujan, kadang-kadang panas perit sepanjang hari.

Projek buat apam ni petang selasa lepas.  Masa tu hujan lebattt sangat.  Tengok dalan esbok ada jem blueberry lebih buar cheese tart dulu.  Dah nak luput tarikh kau.  Apa nak buat ni ekkk. Teringat pulak apam comel-comel ni.  Cubalah buat satu adunan..




Comel tak apam ni?  tapi yang Mak Mok buat ni selekehlah sikit sebab tak begitu mahir nak buat  dot dot  dia tu.  Ada yang kecik, ada yang besar huhuhu.  Sebab pertama kali buat, Mak Mok ikutlah petua orang yang dah mahir buat apam ni.  Katanya suhu pengukus tak boleh terlampau panas, nanti apam merekah, tak boleh pulak api kecil nanti apam tak naik.  Jadi kena pandai-pandailah nak adjust api kukus tu. Apapun apam yang Mak Mok buat semua naik dan tak merekah.


Resepi apam ni ambik kat internet.  Dalam Blog puan Yatie (SINAR KEHIDUPANKU).  Alhamdulillah jadi juga.  Yang buat apam ni menarik ialah warnanya yang cantik dan saiznya yang cute.  Anak-anak suka, tapi my darling tak usik.  Biasalah dia mana nak makan kuih-kuih manis macam ni.  Satu adunan dapatlah dalam 40 ++ biji apam  Untuk ingatan masa akan datang resepinya ialah seperti berikut :

3 telur (gred A) yang baru keluar esbok
275gm tepung
220gm gula halus
150 ml susu segar/cair
3 sdk baking powder
1 sdk ovallate
filling ( blueberry@kaya@strawberry@nenas dll)

Pukul semua bahan kecuali filling dengan kelajuan tinggi hingga gebu. Bahagikan adunan dlm mangkuk kecil dan letak warna yang di kehendaki.  Sediakan mangkuk kertas dalam acuan lompang.  Masukkan adunan dalam piping beg/plastik bersih. Masukkan 1/2 adunan, masukkan filling, tutup filling dgn adunan.  Dot dot dgn warna adunan yang dikehendaki.  Kukus 15 minit. 


Rasanya petang ni nak buat 2 adunan lagi sebab nak bawak gi kenduri rumah jiran.  Kalau  rajinlahh kalau tak rajin buat apam gula hangus je..

Jumpa lagi
Posted by Mak Mok Tomey at 20:34
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)
Pink Transparent Star), url(Pink Transparent Star), auto;}

Pukul Berapa Datuk Harimau..??

About Me

My photo
Mak Mok Tomey
Kluang, Johor, Malaysia
Surirumah sepenuh masa yang simple dan happy. Memasak, Menjahit, Menyulam dan kerja tangan merupaka minat utama saya
View my complete profile

Tentang Saya

Nama:Azlina Bt Hashim T.Lahir:18 July 1971 Umur:41 Tahun (2012) Suami:Zulkurnain Abd Majid Hobi:Memasak,Menjahit n Kraftangan

Sila Kunjungi Blog Ini ^_^


Shout Hear

My Facebook

Azlina Hashim

Reka Lencana Anda

Followers

Blog Archive

  • ►  2014 (2)
    • ►  September (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (3)
    • ►  November (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2012 (50)
    • ►  August (2)
    • ►  July (7)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ▼  April (8)
      • Apa Pengajaran Dari Foto Ini??
      • Lupa Nak Perkenalkan Budak Berekor Ni..
      • orkid lili yang harum kala senja... seramnya
      • Buah Hati Pengarang Jantung
      • Ikan Masak Belacan dan Sayur Genjer
      • flora dan fauna
      • Bestnya Bingka Labu Ni...
      • APAM DOT DOT DOT
    • ►  March (2)
    • ►  February (11)
Picture Window theme. Powered by Blogger.