-->
-Mak Mok Tomey-

Thursday, 26 April 2012

Apa Pengajaran Dari Foto Ini??




Kakak dan Nyonya
Kucing Tua Yang Sangat Mengada-ngada
Tapi Banyak Yang  Dapat Di Perhatikan dari Ke dua2nya


Seekor Asal dari Kuala Lumpur (kakak)
Seekor lagi dari Melaka
Duduk serumah dah berbelas tahun
Tak Pernah bergaduh
Apatah lagi nak berhasad dengki



Walaupun tak ada pertalian darah
Tapi, Saling sayang menyayang
dan mengambil berat satu sama lain



Kami tak pernah gaduh-gaduh tau..
Happy je sentiasa...
Sebab tu tidur kami lena
Yo lah kau kakak dan Nyonya..
Mato kau tu memanjang ee lolap yoo..

Posted by Mak Mok Tomey at 11:03 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: kucing

Lupa Nak Perkenalkan Budak Berekor Ni..




Salam.. Ingat tak dulu Mak Mok pernah cerita pasal kucing yang namanya Kakak.  Selain Kakak, Mak Mok juga ada seekor lagi kucing.  Nama dia NYONYA.. (ala-ala nyonya Melaka gitu)  Nama dia ni arwah atuk Mak Mok yang bagi.  Bayangkan, arwah Atuk dah meninggal dekat 10 tahun. Agak-agak berapa umur si Nyonya ni. Jangan tak percaya.  Dia dah 16 tahun ++ tahun ni
Dia muda sikit je dari si Kakak.  Dia kucing betina, berbulu pendek dan ada 3 colour.
Orang kata, kucing yang 3 colour ada luck, ye ke?? tak ada maknanya hahaha


Dia ni  tak berapa manja, sama macam kakak.  Kalau nampak orang yang dia tak kenal, lintang pukang dia lari.  Dia tak suka dipegang2.  Hobi dia lebih kurang kakak juga,  iaitu suka tidur atau masuk kat dalam kotak ke, bakul ke.. Tengok tu haa Ingat comellah buat macam tu..


Nyonya ni dah di kasi. Dah tak boleh beranak dah. So kerjanya makan dan tidur.  Badannya sangat pejal dan lebih berat dari Kakak..  Bulu dia tak gugur sangat.  Tapi dia sangat cerewet bab makan..Adoiii. Dia tak akan makan makanan kering yang macam Kakak makan tu.. Kalau makan, dia muntah.. Very the berlagak.  Dia makan makanan yang dalam tin  tu.. (of coz lebihlah bajet untuk dia berbanding Kakak).  Tak padan kucing kampung youu.. Lagi satu, makanan yang terhidang untuk dia mesti untuk sekali makan je, no ulang-ulang.  kalau ada yang terlebih jangan harap dia nak jamah lagi, kirim salam.  Dia akan makan kalau kita basuh semula pinggan tu dan isi yang baru.  Sebab tu kalau bagi dia makan kena bagi sikit dulu, kalau nak lagi kena tambah.. Dia kalau dah kenyang, terus tidur dan tak akan mintak makan lagi sampai 5-6 jam.  Jangan si Kakak, pantang orang melangkah ke dapur mesti buat muka sedih mintak makan.


Percaya tak Nyonya boleh tidur dalam ni sampai berjam-jam.  Sebenarnya ini bakul isi remote TV dan CD Player.  Baru-baru ni dia kena kejar dengan kucing liar kat luar rumah. Dia terus lari panjat atap dan duduk kat atas bumbung sampai 3 hari.  Jenuh nak turunkan.  Last sekali dapat juga umpankan dengan makanan dia, lepas tu letak si Kakak kat tepi atap tu.  Dah kita tak tau bahasa kucing. Suruhlah si Kakak duduk buat muka seposen lepas tu ngiau2.. Barulah dia datang dekat dan dapat tangkap kaki dia.  My Darling kata biarkan aje dia kat atas tu. Mana tau kalau turun besok dah bertanduk, baru gempak.. Boleh????
Adoiii memang bakar darah dengan perangai budak 2 ekor ni..  Jiran2 kat sini dah biasa sangat dengar Mak Mok bercakap dengan kucing2 ni  macam berbual dengan orang.. dah terbiasa sebab dia dah menemani Mak Mok berbelas tahun.. Mood Mak Mok pun dia dah fahamm..


Posted by Mak Mok Tomey at 10:45 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

orkid lili yang harum kala senja... seramnya



Salam..

Kat teratak mak Mok ada sepasu Orkid comel ni.  Ini Pemberian Kekandaku Pn Hj. Azidah Bt Hashim dan Abang Ipar Tn. Hj. Faizulnuddin b. Hashim yang tinggal kat Bandar Baru Salak Tinggi.  Rasanya dah 2 tahun juga dalam jagaan Mak Mok



Warna putih bersih pada bibirnya (bibir ke??, yelah kot) dan kehijauan pada kelopak.  Daunnya panjang, kurus. (teruknya penerangan Mak Mok ni)


Tergolong dalam keluarga orkid yang berbau harum.  Bau dia macam bunga lili.  Paling kuat baunya pada waktu senja ke malam.  Siang hari kurang bau.. 




Tapi bau dia bukan jenis yang menyeramkan yee.. Bau dia segar sangat.
Kalaulah anda dapat menghidunya..



Indah dan istimewanya ciptaan Allah s.w.t.  Walaupun cuma ada satu pasu kecik ni, tapi baunya penuh selaman pada waktu malam tau..


Posted by Mak Mok Tomey at 10:05 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Buah Hati Pengarang Jantung




Puspa indah di teratak hamba
Penghibur hati penyejuk mata


Asalnya cuma benih seinci
8 tahun usia berganti
Sentiasa mekar tiada henti




Mekarlah anggerik
Semua pandangan pasti tertarik




Comel dan tersendiri..

Posted by Mak Mok Tomey at 09:45 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Ikan Masak Belacan dan Sayur Genjer




Salam..  Dah makan malam? Mak mok puasa hari ni.. Buka puasa dengan menu ringkas2 je..Tengahari tadi Mak Mok masak keli goreng berlado.  Guna cili padi hijau, bawang putih, bawang merah dan asam keping. Goreng sampai kering.  Lepas tu buat bening kentang dengan suhun.  Husna yang tolong masak sebab Mak Mok sibuk menjahit.  Bagi arahan je. Tapi bab goreng ikan tetaplah Mak Mok yang kena buat.  Ikan keli kalau di goreng kuat meletup2. Tak beranilah budak ni nak dekat dengan kuali walaupun bertutup.. alahaiii sampai bilalah agaknya tu..

  

Lauk yang kat gambar ni dah masak lama.  Hari Sabtu 7 April lepas..  Masa tu ke Pasar Tani.  Jumpa ikan tongkol yang agak segar jg keadaannya.  Beli seekor dan buatlah masak cam ni.  
Mak Mok pertama kali makan masa pegi rumah sedara kat Pulau Pangkor bulan Disember lepas (Keluarga Moyang sebelah Arwah Ayah dari sana).  Masa tu mereka hidang lauk ni guna ikan campur2 yang masih segar.  Rasa sedap sangat.  Katanya lauk ini memang resepinya berasal dari Pulau Pangkor..



Cara masak sama lebih kurang macam kita masak kari, cuma  paste rempah kena buat sendiri.  Bahan-bahan yang diguna untuk masak  lauk ni  seperti  berikut :
  - Ikan Tongkol ( cuci bersih, rebus dengan asam dan garam guna sedikit air dgn api perlahan)
  - Bawang putih, Bawang Merah, Halia*
  - Cili Kisar
  - Jintan Putih, Jintan Manis*
  - Belacan*
  - Santan
  - Daun Kari, asam keping

Kisar bahan yang bertanda* kemudian tumis dengan cili kisar sampai garing, masuk santan, daun kari dan asam keping. Masukkan  ikan.  Sesuaikan rasa garam dan asam. Hidang dengan nasi tau roti.



Kat Pasar Tani juga kita boleh jumpa macam-macam sayur kampung. Contohnya yang kat gambar atas ni.  Dulu Mak Mok tak tau yang daun ni boleh di makan.  Lepas nikah dengan My Darling baru tau makan benda ni.  Sekarang duduk kat Johor, ramai kawan-kawan keturunan Jawa memang tau makan sayur ni. Kat sini orang panggil sayur GENJER tak pun CENTONGAN.  Dah sah2 nama jawa.  My Darling panggil Keladi Air atau LEWES (Bahasa Orang Sauk, Kuala Kangsar lahh)


Style masak sayur ni sama seperti kita goreng sayur yang lain juga,tapi kena celur dulu.   Tumis bawang dan ikan bilis barulah masukkan sayur yang dah di celur.  Boleh letak cili sikit kalau nak kasi pedas.  Kena makan panas2.  


Daun dan bunga Genjer/Centongan/Keladi Air.  Harga seikat RM 1.00 jee.  Nak tau macam mana rasanya marilah datang sini.. Mungkin pada orang lain ini sayur biasa je, tapi bagi Mak Mok sangat eksotik dan istimewa..  Sedap tau..

Jumpa Lagi


Posted by Mak Mok Tomey at 08:45 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 23 April 2012

flora dan fauna









Posted by Mak Mok Tomey at 08:10 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 22 April 2012

Bestnya Bingka Labu Ni...




Salam.  Dah siap masak baru dapat menjenguk ke mari.  Hari ni masak asam pedas ikan selar je.  Goreng tempe, buat sambal kicap last sekali bening kobis. Alhamdulillah. rezeki hari ini.  Ikan selar tu beli kat econsave petang semalam.  Pegi dengan My Darling lepas ambik Alang dengan Balqis kat tempat tuisyen.  Tempe tu pula beli masa lawatan ke Kg. Permatang Duku, Benut,  Sebenarnya hari sabtu hari tu joint WOW(Women Onward) perkumpulan wanita kat estet tempat My Darling kerja. Kami lawat tempat buat tempe dengan pembuatan jus nanas.  Maklumlah daerah Pontian kan ke banyak nanas..

Ce nengok gambar kuih kat atas tu.. tu kuih bingka labu yang Mak Mok buat malam tadi.  Labu tu My Darling yang bawa balik dari estet.  Bukan dia tanam tapi pemberian kawan dari estet sebelah.  Dia bawak balik 2 biji saiz agak besar . Lebih kurang 2.5 kg sebiji.  Sebiji dari labu ni dah cedera, mungkin sebab jatuh.  Cepat-cepatlah  di projekkan..




Jadilah kuih bingka labu ni haa..  Dulu-dulu kuih bingka dibakar dalam acaun yang berlubang kat tengah tu.  Bakar pakai dapur minyak tanah Butterfly.. Sekarang Mak Mok Buat kuih bingka bakar dalam talam je.  Masuk pulak dalam oven.  Resepi ikut dalam Blog Sinar Kehidupanku (yatiememories)  Setakat ni kalau cuba resepi Puan Yatie, belum pernah meragam lagi.  Menjadi semua.  Terima kasih banyak Puan Yatie. Tak semua orang ikhlas nak berkongsi resepi macam Puan Yatie.  Sekarang ada ramai blogger masakan yang saban hari menulis pelbagai resepi di blog.  Mudah sangat kalau nak tahu / belajar memasak sesuatu.



Pada Mak Mok bingka ni saaangat sedap.  Cukup rasa lemas dan manisnya. Lembut dan sesuai sebagai sarapan, minum petang ataupun sebagai buah tangan kalau nak pergi ke rumah kenduri.. Di bawah ini adalah resepi kuih ini sebagai ingatan pada masa depan :

2 biji telur
2 cwn tepung gandum
2 cwn santan
1/2 cwn gula halus
1/2 cwn susu pekat manis
secubit garam
1 sdk vanilla
2 sd minyak sapi //butter
(blender sebati semua bahan) kemudian campurkan dengan
2 cwn labu (siap direbus dan  dilenyek) 
/gris loyang loyang dengan butter. isi adunan. bakar selama 1 jam 15 minit. 


Mak Mok  bakar guna loyang 10 x 10.  3/4 Loyang dah dibekalkan pada My darling yang masuk ke estet  awal pagi tadi. Biarlah dia bawa kat opis buat makan-makan dengan staff..  Kalau  kat rumah kuih macam ni kurang larisnya, sebab budak-budak tak gemar kuih manis mcm ni,  Tinggalkan  untuk ambik gambar je...  Sabor  Yolahhh.  Lepas ni nanti mesti ada resepi koci labu ke, gulai lemak labu ke dan apa je yang ada kaitan dengan labu sebab nak menghabiskan stok  labu..  Labu  yang lebih buat kuih ni semalampun banyak lagi tapi dah jadi puree dan simpan dalam pembeku.. Haiiii Labu ohhhh labu


Jumpa lagi.
Posted by Mak Mok Tomey at 23:25 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 13 April 2012

APAM DOT DOT DOT




Salam.. lama tak jengah ke mari.  Nak kata sibuk memang sentiasa sibuk dgn kerja rumah.  Projek jahitan pun tak boleh nak ditinggal, nanti tak siap pulak  baju tempahan.  Cuaca kat Kluang sekarang tak dapat di jangka, kadang-kadang hujan, kadang-kadang panas perit sepanjang hari.

Projek buat apam ni petang selasa lepas.  Masa tu hujan lebattt sangat.  Tengok dalan esbok ada jem blueberry lebih buar cheese tart dulu.  Dah nak luput tarikh kau.  Apa nak buat ni ekkk. Teringat pulak apam comel-comel ni.  Cubalah buat satu adunan..




Comel tak apam ni?  tapi yang Mak Mok buat ni selekehlah sikit sebab tak begitu mahir nak buat  dot dot  dia tu.  Ada yang kecik, ada yang besar huhuhu.  Sebab pertama kali buat, Mak Mok ikutlah petua orang yang dah mahir buat apam ni.  Katanya suhu pengukus tak boleh terlampau panas, nanti apam merekah, tak boleh pulak api kecil nanti apam tak naik.  Jadi kena pandai-pandailah nak adjust api kukus tu. Apapun apam yang Mak Mok buat semua naik dan tak merekah.


Resepi apam ni ambik kat internet.  Dalam Blog puan Yatie (SINAR KEHIDUPANKU).  Alhamdulillah jadi juga.  Yang buat apam ni menarik ialah warnanya yang cantik dan saiznya yang cute.  Anak-anak suka, tapi my darling tak usik.  Biasalah dia mana nak makan kuih-kuih manis macam ni.  Satu adunan dapatlah dalam 40 ++ biji apam  Untuk ingatan masa akan datang resepinya ialah seperti berikut :

3 telur (gred A) yang baru keluar esbok
275gm tepung
220gm gula halus
150 ml susu segar/cair
3 sdk baking powder
1 sdk ovallate
filling ( blueberry@kaya@strawberry@nenas dll)

Pukul semua bahan kecuali filling dengan kelajuan tinggi hingga gebu. Bahagikan adunan dlm mangkuk kecil dan letak warna yang di kehendaki.  Sediakan mangkuk kertas dalam acuan lompang.  Masukkan adunan dalam piping beg/plastik bersih. Masukkan 1/2 adunan, masukkan filling, tutup filling dgn adunan.  Dot dot dgn warna adunan yang dikehendaki.  Kukus 15 minit. 


Rasanya petang ni nak buat 2 adunan lagi sebab nak bawak gi kenduri rumah jiran.  Kalau  rajinlahh kalau tak rajin buat apam gula hangus je..

Jumpa lagi
Posted by Mak Mok Tomey at 20:34 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)
Pink Transparent Star), url(Pink Transparent Star), auto;}

Pukul Berapa Datuk Harimau..??

About Me

My photo
Mak Mok Tomey
Kluang, Johor, Malaysia
Surirumah sepenuh masa yang simple dan happy. Memasak, Menjahit, Menyulam dan kerja tangan merupaka minat utama saya
View my complete profile

Tentang Saya

Nama:Azlina Bt Hashim T.Lahir:18 July 1971 Umur:41 Tahun (2012) Suami:Zulkurnain Abd Majid Hobi:Memasak,Menjahit n Kraftangan

Sila Kunjungi Blog Ini ^_^


Shout Hear

My Facebook

Azlina Hashim

Reka Lencana Anda

Followers

Blog Archive

  • ►  2014 (2)
    • ►  September (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (3)
    • ►  November (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2012 (50)
    • ►  August (2)
    • ►  July (7)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ▼  April (8)
      • Apa Pengajaran Dari Foto Ini??
      • Lupa Nak Perkenalkan Budak Berekor Ni..
      • orkid lili yang harum kala senja... seramnya
      • Buah Hati Pengarang Jantung
      • Ikan Masak Belacan dan Sayur Genjer
      • flora dan fauna
      • Bestnya Bingka Labu Ni...
      • APAM DOT DOT DOT
    • ►  March (2)
    • ►  February (11)
Picture Window theme. Powered by Blogger.