-->
-Mak Mok Tomey-

Tuesday, 12 June 2012

Cara - Cara buat kuih Cara




Salam semua.  Ini kuih Cara Manis.. Semua orang tau buat kuih ni kan.? Mak Mok panggil kuih ni kuih ekspress sebab kalau ada tetamu datang mengejut, kuih ni lah yang dapat di hidang sebab buatnya mudah, tak banyak ragam dan pantas. Yang kat dalam gambar atas ni, adunan yang dah masukkan dalam acuan..



Sungguhpun mudah , tapi Mak Mok nak letak juga sebab nanti senang anak dara 2 orang kat rumah ni nak rujuk pada masa akan datang.  Maklumlah, masa mak nya buat, dia orang jarang nak menengok.. Besok-besok Mak dah tak ada nanti nak tanya dengan sape?? Dalam gambar kat atas ni, adunan yangb dah mula nak masak, letak gula putih.  Tutup dengan penutup periuk dan biarkan dia masak..




Bila dah masak keluarkan dari lubang acuan menggunakan lidi/buluh


Tangkupkan kuih macam dalam gambar masa nak hidang..


Ni lah rupa kuih cara manis yang mak mok buat.. Bahan  yang di gunakan hanya tepung gandum. susu cair @santan, air pandan @ pewarna hijau dan  esen pandan, garam,  2sdb minyak masak..Bancuh dan tapis @ blender..  Acuan kuih cara juga mestilah ada.   


Hari yang sama  juga Mak Mok buat masak lemak kerang dengan kacang buncis. Asamnya pulak, Mak Mok guna asam belimbing.. Sedap. Tak caya cubalah.



Posted by Mak Mok Tomey at 02:04 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Hantar Kak Long Ke KUIM




Salam semua.  4 Jun lepas, Mak Mok pegi menghantar Kak Long menyambung belajar kat Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) terletak di Kuala Sungai Baru, Melaka..  Seawal 8.00 pagi Mak Mok dah tiba dan dan penuh kawasan kolej dengan pelajar baru dan kaum keluarga .  Nasib baik pihak kolej dah siapkan banyak khemah untuk keluarga menunggu urusan pendaftara selesai.  Kak long  ambil diploma perakaunan. 3 tahun dia akan belajar di sana , Insyaallah.


Dah selesai urusan pendaftaran, hantar pula dia kat RUMSIS TUN TEJA.  Penginapan untuk dia sepanjang minggu haluansiswa.  Satu apartment yang mengandungi 3 bilik dan boleh memuatkan 10 orang pelajar dalam satu masa.


Dalam bilik comel ni, ada 2 double decker dan 4 almari.  Ruang study terletak di ruang tamu apartment..  Selain itu, terdapat ruang pantry dan dua bilik air untuk setiap apartment


Bila dah selesai urusan bilik, dan makan tengahari di kafeteria kolej.  Mak Mok dan My Darling kena dengar taklimat pegawai kewangan kolej kat audotorium ni.  Lepas tu Majlis perasmian oleh Naib Canselor pulak berlangsung. Mak Mok tinggalkan Kak Long lebih kurang jam 5.00 petang  











Posted by Mak Mok Tomey at 01:37 1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Udang Galah Lagi..




Salam semua.  Udang Galah ni My Darling dapat masa pergi menjala kat sungai dalam estet tempat dia bekerja.  Lama udang ni tidur kat dalam esbok.  Kebetulan musim cuti sekolah baru ni Mak Mok berkesempatan masuk kat estet,  jadilah Udang Goreng Mentega ni..


resepi macam biasa, goreng udang dulu, ketepikan. tumis bawang putih dengan cili padi tumbuk dalam guna mentega sampai wangi. Perasakan garam dan gula. Letak daun kari.. masukkan udang goreng tadi
dah boleh hidang


Jumpa lagi
Posted by Mak Mok Tomey at 01:30 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)
Pink Transparent Star), url(Pink Transparent Star), auto;}

Pukul Berapa Datuk Harimau..??

About Me

My photo
Mak Mok Tomey
Kluang, Johor, Malaysia
Surirumah sepenuh masa yang simple dan happy. Memasak, Menjahit, Menyulam dan kerja tangan merupaka minat utama saya
View my complete profile

Tentang Saya

Nama:Azlina Bt Hashim T.Lahir:18 July 1971 Umur:41 Tahun (2012) Suami:Zulkurnain Abd Majid Hobi:Memasak,Menjahit n Kraftangan

Sila Kunjungi Blog Ini ^_^


Shout Hear

My Facebook

Azlina Hashim

Reka Lencana Anda

Followers

Blog Archive

  • ▼  2014 (2)
    • ▼  September (1)
      • Ikhtiar hidup di Pasir Logok
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (3)
    • ►  November (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (50)
    • ►  August (2)
    • ►  July (7)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (8)
    • ►  March (2)
    • ►  February (11)
Picture Window theme. Powered by Blogger.