Salam semua.. Lamanya tak jengah ke mari. Sibuk memanjang dan macam-macam hal nak dihebohkan. Sapa kata suri rumah macam Mak Mok ni tak ada kerja. Dari pukul 5.30 pagi sampai 11.00 malam ada saje nak di buat. Hantar jemput anak pergi balik sekolah, masak, mengemas dan lain-lain rutin rumah tangga. Lepas tu pula tempahan jahitan dan sulaman untuk raya dah mula datang.Waduhhh tu yang lagi tak terkejar. Tahun ni bertekad tak nak ambik tempahan banyak. Sape hantar lambat tak layan. Bukan apa, takut tak siap. Nanti malam raya terkejar-kejar nak siapkan baju sendiri. Lagipun lepas pembedahan ni, Mak Mok dah tak larat duduk lama2 kat mesin jahit dgn mesin sulam tu haaa. Paling lama 2 jam. Lepas tu kena baringlah, sebab sakit belakang..
Semalam My Darling balik rumah. Masak lauk biasa je. Kari ikan tenggiri, sayur taugeh bening, sambal belacan ulam timun. Seminggu dapatlah 3 kali dinner dengan my darling dan anak-anak. Sesambil tu Mak Mok buat kuih lapis warna warni tu sebelah petangnya. Mak Mok buat 1 adunan je dan guna acuan lompang kecik-kecik ni sebab mudah dan cepat. Kuih cepat sejuk dan cepat boleh dihidang. Mak Mok dapat dalan 25 biji kuih ni. Adunan selebihnya Mak Mok guna loyang 22 cm. Dapatlah bagi bekal kat My Darling dan sarapan anak anak. Hantar juga sepiring kat Kak Tam dan Jijah. Gambar yang guna talam tak sempat ambik, tapi masyaallah lapisnya saiz gajah, tebal-tebal sangatlah. Buat kerja nak cepat siap je... Lain kali nak buat betul-betul.
Resepi kuih ni hasil BW kat blog masakan, Ini resepi yang Mak Mok dapat kat blog Puan Yatie (Sinar Kehidupanku). Terima kasih banyak kat Puan Yatie yang tak lokek berkongsi ilmu. Dulu-dulu masa ada arwah Wo dia rajin buat kuih2 kukus dan segala macam bingka macam bingka labu, bingka tepung beras dan lain-lain. Ingat lagi masa tu Wo bakar bingka atas dapur minyak tanah cap kupu-kupu (BUTTERFLY BRAND). Kalau kukus kuih pulak guna dapur kayu, guna kuali besi yang didiisi air, letak kayu yang diikat bentuk tiga persegi yang dipanggil lekar. Bila kuih dah diletakkan atas lekar, kuali akan ditutup menggunakan tutup kukus aluminium yang tinggi tu..
Al maklum, masa tu kita kecik-kecik lagi, yang di ingat cuma rasa dan aroma kuih2 tu je. Sukatannya tak berapa nak ingat. Dengan adanya kemudahan di alam maya macam sekarang, segala macam resepi dari seluruh dunia kita boleh cuba. Yang penting mahu mencuba dan tak serik kalau tak menjadi. Resepi yang ni guna bahan asas yang ada kat dapur je macam ni :
1 1/2 Cwn Tepung Gandum
1 1/2 Cwn Tepung Beras
1 Cwn Tepung Ubi
1 1/2 Cwn Gula
2 Cwn Santan Pekat
5 Cwn Santan cair
Secubit Garam
Pewarna yang di sukai
(Campur semua bahan dan tapis/blend, sedia di kukus)
Yang ni pulak Kuih apam gula hangus pun dapat kat Blog Pn Yati ( Sinar Kehidupanku) Kuih ni dah kerap kali Mak Mok buat sampai anak-anak dah naik jemu dan tak mau makan lagi. Mak Mok buat kuih ni dah lama. Masa tu ada mesyuarat PIBG kat sekolah Alang. Jiran yang selalu ambik tempahan kuih tu tak minta tolong buatkan 200 biji sebab dia dah buat 400 biji kuih karipap. Alhamdulillah, dari pukul 5.00 pagi sampai pukul 7.00, kuih ni siap di hantar ke rumah jiranku Kak Midah. Air gulanya dah disiapkan sebelah malam, pagi tu cuma nak membancuh tepungnya je. Bahan untuk satu adunan cuma 1 cwn gula, 1 cwn air panas mendidih ( hanguskan gula sampai coklat, tutup api, curahkan air panah . Sejukkan). 2 biji telur, 2 sudu susu pekat manis, 2 sudu margerin, 1/2 cawan minyak, ( Blender 3 sebati minit, masukkan air gula, blend sebentar ) 1 sudu soda bikarbonat, 1 1/2 cwn tepung. Gaul sebati tepung dengan bancuhan yang di blend tadi.
Kukus 15 minit
Kuih ni memang naik tinggi, jadi agak-agaklah masa nak isi acuan. jangan melebihi paras 3/4, nanti dia naik membumbung . Apapun Mak Mok suka apam ni sebab dia lembut dan gebu sangat. Bau harum gula hangus tu membuatkan apam ni tak jemu di makan. Lagipun tahan selama dua hari kalau di simpan, dia tak basi. tak caya cubalah..
No comments:
Post a Comment