-->
-Mak Mok Tomey-

Wednesday, 13 June 2012

Pizza Miskin.. Kesiannnn




Masa duduk kat estet pada minggu kedua cuti sekolah baru ni, Mak Mok buatlah pizza.  Itupun dah puas budak-budak kat rumah ni menyuruh buat.  Nasib baiklah ada cik BM (Bread Maker) Noxxa (Amway) yang Mak Mok beli 6 tahun dulu.  Specialnya cik BM Mak Mok ni ialah dia juga boleh berfungsi sebagai oven.


Mak Mok tuangkan aje segala bahan dalam cik BM didahulukan dengan bahan cecair mengikut sukatan yang terdapat dalam resepi seperti air suam dan telur kemudian baru masukkan tepung dan yang seangkatan dengannya macam yis, gula, garam, susu tepung, shorthening.  Tekan program doh, biarlah dia menguli selama 30 minit.


Lepas tu rehatkan adunan 30 minit sampai naik 2 kali ganda. tumbuk2 untuk buang angin, kemudian bahagi kepada beberapa bahagia.  Mak Mok guna 500gm tepung roti, daptlah 3 keping kecil pizza ni..


Untk toppingnya tu yang kesian. Siapa yang nak keluar ke bandar untuk beli cheese dan  segala macam bila dah masuk kat dalam estet? Mak Mok memang angkat bendera putihlah.. Kita guna apa yang ada esbok abah ajelah ye anak-anak.  Nasib baik masa nak masuk tu, Mak Mok terbawa kepingan cheese Kraft  dan mayonis yang sentiasa ada dalam peti ais rumah luar.  Kat dapur My Darling ada sardin, sosej, sos cili dan tomato, dan juga mix vegetable.




Mak Mok pun bedakkan pizza ni mula-mula dengan Sos tomato, kemudian sardin hancur campur mayonis (mcm buat sanwich), sos cili, mix vege, hirisan sosej ayam, picitkan sos cili dengan mayonis kat atasnya, tabur dengan Kraft cheese yang di koyak-koyakkan.  Nasib baik juga ada lagi sedikit serbuk oregano kering dalam esbok My Darling(stok  lama masa duduk sekali dengan My Darling).  Mak Mok pun taburkan kat atas pizza sebelum dibakar.


Bila yang dua keping dah masuk oven, baru perasan ada cendawan dalam tin kat kabinet My Darling.  Sebab tu yang last ni ada cendawanlah pulak.  Dah namanya buat tak merancang, guna apa yang ada.. Tapi habis juga  di makan budak bertiga ni dari minum petang sampai sarapan esoknya..





Mak Mok tekak orang Melayu tulen.  Pizza ni kuranglah berminat.  Tapi yang ni memang kegemaran. Sama macam My Darling.  Anak anak makan pizza, Mak dengan Abah layan cekodok pisang.  Sape tak tau buat cekodok pisang memang melampaulahkan?  Kat dapur My darling masa Mak Mok sampai ada 4 sisir besar pisang nipah yang dah terlampau ranum dan tak boleh digoreng lagi.  Mak Mok kopek, simpan dalam peti ais
 dan keluarkan bila nak buat kuih.  

Jumpa lagi..
Posted by Mak Mok Tomey at 03:38
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)
Pink Transparent Star), url(Pink Transparent Star), auto;}

Pukul Berapa Datuk Harimau..??

About Me

My photo
Mak Mok Tomey
Kluang, Johor, Malaysia
Surirumah sepenuh masa yang simple dan happy. Memasak, Menjahit, Menyulam dan kerja tangan merupaka minat utama saya
View my complete profile

Tentang Saya

Nama:Azlina Bt Hashim T.Lahir:18 July 1971 Umur:41 Tahun (2012) Suami:Zulkurnain Abd Majid Hobi:Memasak,Menjahit n Kraftangan

Sila Kunjungi Blog Ini ^_^


Shout Hear

My Facebook

Azlina Hashim

Reka Lencana Anda

Followers

Blog Archive

  • ►  2014 (2)
    • ►  September (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (3)
    • ►  November (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2012 (50)
    • ►  August (2)
    • ►  July (7)
    • ▼  June (11)
      • Cuba Baju Raya
      • Kudapan Nostalgia
      • Geramnya...
      • Lagi Foto Kenangan Hari Keluarga Pulau Sibu 2012
      • PUSPA HATI
      • Pizza Miskin.. Kesiannnn
      • Satu Petang Yang Nyaman di Tepi Sungai
      • Nasi Lemak Biasa-Biasa di Pagi Minggu
      • Cara - Cara buat kuih Cara
      • Hantar Kak Long Ke KUIM
      • Udang Galah Lagi..
    • ►  May (9)
    • ►  April (8)
    • ►  March (2)
    • ►  February (11)
Picture Window theme. Powered by Blogger.