-->
-Mak Mok Tomey-

Sunday, 26 February 2012

tart telur untuk cuba acuan baru



Salam pagi. lama tak menjengah kat sini.  Sibuk sikit kebelakangan ni.  Jahitan yang nak segera disiapkan, sulaman baju nikah pelanggan juga nak cepat. Itu belum lagi bab dapur yang tak boleh tak berasap dan persekitaran rumah yang setiap hari kena di bersihkan.  Semalam pulak jiran lorong depan buat kerja kahwin. Dari Sabtu dah rewang sampailah majlis berlangsung kenalah tolong mana yang patut. 

Sabtu petang, balik dari rewang, adun tart  simpan sekejap dalam esbok, sembahyang zuhur, lepas tu buatlah dengan anak-anak. Nabila dgn Syahidah pun joint sekali.  Sambil budak budak tu buat shell tart, Mak Mok bancuh muffin pisang satu adunan. Pisang ni dan terperap laaaaama dalam esbok.  Dapatlah dalam 15 biji muffin yang comel untuk kudapan budak-budak.




Muffin ni campur serbuk koko dengan choklat chip.  Kalau tak di letakkan benda-benda ni alamat kuranglah berminatlah budak-budak kat rumah ni nak makan.   Untuk ingatan, bahan yang digunakan  untuk buat muffin ni ialah  1 cwn pisang lenyek, 1/2 cwn butter cair/minyak, 1 telur, 1 1/2 cwn tepung, 3 sudu besar serbuk koko, 3/4 cwn gula halus, 1 sd kecil bikarbonat, 1 sd kecil baking powder, 1/2 cwn choc chip. 


Habis petang tu juga muffin ni. Memang di buat suruh makan. kalau di simpan alamat tak di usik lagi bila dah sejuk..


Tart telur buat 2 adunan.  


Untuk shell mak mok guna 250gm tepung gandum biasa, 125 gm gula halus, 225gm butter, sebiji telur dan esen vanila.  Bancuh adunan, masukkan dalam esbok anggaran 1/2 jam. Keluarkan, lepas tu isi dalam acuan.  Bakar separuh masak.


Untuk filling, mak mok guna 200 ml susu cair, 3 biji telur. 3/4 cwn gula, esen vanilla.  Kacau gula dengan susu atas api hingga gula larut, matikan api, sejukkan, masuk telur  dan esen, Tapis adunan, masukkan dalam tart, bakar lagi 20 minit


Dah siap tart.  Sebenarnya projek ni sesaje je buat sebab nak cuba acuan baru. Acuan besar tu dah lama Mak Mok beli, tapi acuan kecik tu Mak Mok baru beli masa balik kampung my darling kat  Kuala Kangsar.  Banyaklah acuan kuih jual kat situ... harganyapun boleh tahan.  Mak Mok belilah acuan tat ni 50 biji,  ( 45 sen satu).  Selain tu Mak Mok beli juga 1 acuan cara bentuk cermai 12 butir.  Sebelum ni Mak Mok ada acuan cara bentuk belimbing tu jee.  Dah puas guna acuan cara baru ni.  tak meragam  dan tak lekat.

Jumpa lagi.
Posted by Mak Mok Tomey at 20:15 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 20 February 2012

Cucur Udang Untuk Berbuka Puasa



Selamat Malam.  Semua dah nak tidur agaknya.  Mak Mok baru boleh nak mencatat sesuatu untuk hari ni. Hari ni sibuklah menggunting baju, menanda dan melakar motif sulaman baju nikah yang ditempah customer.   Macam biasalah, hari ni Isnin, Mak Mok puasa ganti.  Pagi tadi My Darling dah masuk estet jam 5.00 pagi.  Bekalkan dia  Asam Rebus Ikan Parang campur terung telunjuk yang tanam dalam polybeg tu.  Bolehlah dia buat dinner hari ni.  My Darling rajin masak.  Air tangan dia memang Mak Mok tak boleh lawan, terutamanya kari..terbaikkk.  Sambal Belacan dia pun sampai sekarang Mak Mok tak dapat nak lawan. Ada macam-macam versi sambal belacan untuk ulam-ulaman yang berbeza.  My Darling orang Kuale Kangsar,  sebab tu dia pandai sangat bab-bab makan berulam selain berbagai versi sos pencicah macam air asam dan sepuh.  Mesti tak pernah dengar nama nya kan ?? Rasanya masyallah, marbeless. Nanti kalau Mak Mok buat, pasti Mak Mok kongsikan gambar dan resepinya


Petang ni Mak Mok teringin nak makan Cucur Udang. Ini kes teringat cucur udang Alor Gajah, Melaka.  Ada sesapa yang pernah makan cucur udang kat Medan Selera Alor Gajah (berhampiran stesen bas/berhadapan Pejabat  Daerah Alor Gajah/ Dataran Alor Gajah)  Pada tekak mak mok, cucur udang ni paling sedap.  Cucur Udang yang garing, hirisan tempe dan fishball serta timun di makan bersama sos/kuah lada yang cukup rasa masam manisnya. Tapi yang Mak Mok  buat  kat atas tu ikut resepi  sendiri je.  Resepi agak-agak namanya.   Campurkan tepung, mauripan, garam telur, air, daun kucai, taugeh.. godaklah. Biarkan dalam 30 minit.  Lepas tu gorenglah dalam minyak yang banyak.  Pakai  senduk, panaskan dalam kuali, sudukan adunan dalam senduk yang telah dipanaskan. Parkingkan udang kat tengah2 tepung, rendam dalam minyak panas biarkan seketika.  Guna sudip atau buluh bunga telur yang tajam hujungnya, keluarkan adunan tu, goreng hingga garing  Dah siap.  

Kuahnya pulak Mak Mok blender cili merah dengan bawang putih, air, cuka.  Masak atas api, rasa garam dan gulanya.  Tadi sebelum berbuka  macam teringin sesangat nak makan, tapi cuma boleh makan sekeping je.  Sekarang ni kena pantang banyak..Lepas pembedahan, mak mok tak boleh makan benda berminyak dan berlemak.  Kalau terlebih makan, automatik sakit perut Cik Jah.. Sekarang Mak Mok dah tak ada hempedu, jadi segala minyak dan lemak tu tak dapat di proses macam biasa..  tu lahh dulu makan tak beringat-ingat, kan sekarang nikmat  dah kena tarik huhuhuhu


Ini pulak lauk untuk anak-anak hari ni.  Sebab berpuasa, malaslah nak masak. Buat yang ringkas-ringkas je.  Kenal tak ikan tu? itu bukan ikan sungai ye.. Itu ikan Aruan Tasik.  Ikan laut yang boleh tahan harganya.  Dagingnya putih dan pejal.  Mak Mok stim je letak kicap cair, lada sulah, bawang putih, halia, minyak bijan dan daun ketumbar.  Budak Budak kat rumah ni kalau makan nasi, mesti nak kuah berladung. Sebab tu Mak Mok kena buat kuah yang agak banyak walaupun kalau nak ikutkan, ikan stim mana ada kuah banyak-banyak.  Nak bagii rasa cili, belahkan 5 ulas cili padi.  Sayurnya ringkas juga,  Kobis cina  goreng dengan tauhu.    Mak Iti pula bagi kacang botol.  Alhamdulillah  Balqis je makan 5 batang. 


Lepas masak tengahari tadi Mak Mok bancuh kuih bakar keledek ni.  Kes nak habiskan puree keledek unggu. Belum potong lagi sebab tak ada sesapa nak makan kuih ni waktu malam camni.  Nanti pagi bolehlah di potong buat makan-makan dengan jiran-jiranku di bawah pokok jambu..


Yang ni pula sesaja nak interprem.. Kembang pulak cik jingga ni hari ni. Buat pengubat hati Mak Mok yang sedih tengok banyak orkid butterfly dah kecut daunnya.  Ini kes tersalah baja.  Biasanya Mak Mok guna baja organik tahi kelawar atau tahi cacing, tapi hari tu masa pergi Ekspo Pertanian kat Ayer Hitam, belilah baja kimia yang di syorkan oleh penjual orkid tu.  Agaknya tak sesuai atau terlebih dos (Tapi Mak Mok ikut sukatan yang di cadangkan). Tak taulah boleh bertahan ke tidak. Sabar je lah.  Mudah-mudahan tak mati


Bertahan ye...

Jumpa lagi.

Posted by Mak Mok Tomey at 07:27 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 18 February 2012

Happy Birthday Mia



Salam semua. Hari ni hujan kat Kluang ni dari Zuhur tadi.  Balqis ada program kepimpinan anjuran sekolah di Tunjuk Laut Beach Resort dari semalam hingga Ahad.    My Darling kalau tak ada aral macam biasa balik petang ni.  Mak Mok masak paling simple hari ni, Sup Ayam, Ikan Pari Tuka (pari kecik tu) bakar , sambal belacan dan ulam petai..Hari ni ada pasar tani kat T6. Mak Mok pegilah cari sayur-sayur kampung yang berkenan di hati.  Dapatlah petai dengan pucuk labu.  Esok bolehlah masak lemak putih.. Yang lain-lain tak berkenan pulak. Pucuk paku dan daun meranti dah selalu makan.  Ada banyak kat dalam estet.  Lebih-lebih lagi kalau lepas-lepas hujan 

Ikanpun  ada banyak juga pilihan yang terjual kat pasar tani. Tapi Nauuzubillah harganya, punyalah mahal.. Nak kata segar tak juga, mata ikan semua macam tak cukup tidur je.. Ayam boleh tahan RM 5.50 se kilo. Tak apelah, esok hari minggu ajak My Darling pergi pasar awam Kluang..  Kat rumah ni pulak ada  2 orang dah sakit perut.  Si Kak Long sampai kena satu jarum malam tadi gara-gara gastrik dah melarat-larat, si Alang pun sama juga. balik dari program Qiamullail kat sekolah pagi tadi kata sakit perut,.  So masak bubur nasi je untuk kamu berdua .  Makanlah dengan sup ayam.

Hari ni 18 Februari 2012 hari lahir si Mia.  Dah setahun umur kenit ni rupanya.  Rasanya baru semalam  jiranku Jijah mengasuhnya.  Masa dia mula-mula datang dulu rambutnya hitam lebat dan kuat hisap susu.
Sekarang dia  dah berjalan laju, gigi dah ada 8 batang, makan apa sahaja yang kita suap, suka ketawa, tak cenggeng,   Pagi-pagi tadi  lagi dengar  dia dah terjerit-jerit kat rumah ibu Jijah,. Macam biasa dia tertekan tak di bawak jalan-jalan.  Sekejap lepas tu Kakak Erin dah pimpin tangan dia terkedek-kedek datang kat rumah Mak Mok. Terkekek-kekek dia ketawa dapat berjalan dan main-main.  Selamat Hari Lahir Mia.  Semoga Panjang Umur dan membesar menjadi anak yang baik Aminnnn. 


 Ni je lauk Mak Mok hari ni.  Ikan Pari Tuka bakar berlada.  Mesin je  cili. bawang, serai, lepas tu tumis, letak asam sikit. rasa garam. campakkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut.  Lumurkan ramuan ini atas ikan dan bakar atas kuali leper. Alas dengan daun pisang. Tutup  dengan tutup periuk.  Panggang hingga masak.  Masa nak makan perahlah limau..



Jemput makan semua orang.  Nak pergi makan ikan bakar kat Melaka tu jauh bebeno, buatlah sendiri Cik Jah..Tak kiralah bakar guna dapur arang ke, grill dalam oven ke, letak atas kuali  macam Mak Mok buat ni ke, janji matlamatnya sama.  Masak cara sihat. Tapi kalau makan nasinya sampai 2 pinggan, nak sihat macam mananya mak mok oiii huhuhu.. Tak pe nanti kita jogginglah

Jumpa lagi
Posted by Mak Mok Tomey at 00:44 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)
Pink Transparent Star), url(Pink Transparent Star), auto;}

Pukul Berapa Datuk Harimau..??

About Me

My photo
Mak Mok Tomey
Kluang, Johor, Malaysia
Surirumah sepenuh masa yang simple dan happy. Memasak, Menjahit, Menyulam dan kerja tangan merupaka minat utama saya
View my complete profile

Tentang Saya

Nama:Azlina Bt Hashim T.Lahir:18 July 1971 Umur:41 Tahun (2012) Suami:Zulkurnain Abd Majid Hobi:Memasak,Menjahit n Kraftangan

Sila Kunjungi Blog Ini ^_^


Shout Hear

My Facebook

Azlina Hashim

Reka Lencana Anda

Followers

Blog Archive

  • ▼  2014 (2)
    • ▼  September (1)
      • Ikhtiar hidup di Pasir Logok
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (3)
    • ►  November (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (50)
    • ►  August (2)
    • ►  July (7)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (8)
    • ►  March (2)
    • ►  February (11)
Picture Window theme. Powered by Blogger.