Salam semua. Hari ni hujan kat Kluang ni dari Zuhur tadi. Balqis ada program kepimpinan anjuran sekolah di Tunjuk Laut Beach Resort dari semalam hingga Ahad. My Darling kalau tak ada aral macam biasa balik petang ni. Mak Mok masak paling simple hari ni, Sup Ayam, Ikan Pari Tuka (pari kecik tu) bakar , sambal belacan dan ulam petai..Hari ni ada pasar tani kat T6. Mak Mok pegilah cari sayur-sayur kampung yang berkenan di hati. Dapatlah petai dengan pucuk labu. Esok bolehlah masak lemak putih.. Yang lain-lain tak berkenan pulak. Pucuk paku dan daun meranti dah selalu makan. Ada banyak kat dalam estet. Lebih-lebih lagi kalau lepas-lepas hujan
Ikanpun ada banyak juga pilihan yang terjual kat pasar tani. Tapi Nauuzubillah harganya, punyalah mahal.. Nak kata segar tak juga, mata ikan semua macam tak cukup tidur je.. Ayam boleh tahan RM 5.50 se kilo. Tak apelah, esok hari minggu ajak My Darling pergi pasar awam Kluang.. Kat rumah ni pulak ada 2 orang dah sakit perut. Si Kak Long sampai kena satu jarum malam tadi gara-gara gastrik dah melarat-larat, si Alang pun sama juga. balik dari program Qiamullail kat sekolah pagi tadi kata sakit perut,. So masak bubur nasi je untuk kamu berdua . Makanlah dengan sup ayam.
Hari ni 18 Februari 2012 hari lahir si Mia. Dah setahun umur kenit ni rupanya. Rasanya baru semalam jiranku Jijah mengasuhnya. Masa dia mula-mula datang dulu rambutnya hitam lebat dan kuat hisap susu.
Sekarang dia dah berjalan laju, gigi dah ada 8 batang, makan apa sahaja yang kita suap, suka ketawa, tak cenggeng, Pagi-pagi tadi lagi dengar dia dah terjerit-jerit kat rumah ibu Jijah,. Macam biasa dia tertekan tak di bawak jalan-jalan. Sekejap lepas tu Kakak Erin dah pimpin tangan dia terkedek-kedek datang kat rumah Mak Mok. Terkekek-kekek dia ketawa dapat berjalan dan main-main. Selamat Hari Lahir Mia. Semoga Panjang Umur dan membesar menjadi anak yang baik Aminnnn.
Ni je lauk Mak Mok hari ni. Ikan Pari Tuka bakar berlada. Mesin je cili. bawang, serai, lepas tu tumis, letak asam sikit. rasa garam. campakkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut. Lumurkan ramuan ini atas ikan dan bakar atas kuali leper. Alas dengan daun pisang. Tutup dengan tutup periuk. Panggang hingga masak. Masa nak makan perahlah limau..
Jemput makan semua orang. Nak pergi makan ikan bakar kat Melaka tu jauh bebeno, buatlah sendiri Cik Jah..Tak kiralah bakar guna dapur arang ke, grill dalam oven ke, letak atas kuali macam Mak Mok buat ni ke, janji matlamatnya sama. Masak cara sihat. Tapi kalau makan nasinya sampai 2 pinggan, nak sihat macam mananya mak mok oiii huhuhu.. Tak pe nanti kita jogginglah
No comments:
Post a Comment