Friday, 1 November 2013

Ladang Pasir Logok, Kota Tinggi Johor

Lamanya dah  meninjau blog ini..Saya telah berpindah ke daerah baru ini  mulai 13 Januari 2013. Setelah 2 tahun 9 bulan berada di Estet Enggang, kami berpindah pula ke Ladang Pasir Logok, Kota Tinggi Johor.  Memang sedih ingin meninggalkan Kluang tapi apalah daya.  Sudah menjadi tradisi planters seperti suami tidak akan kekal  di sesebuah estet.  

Setelah berada di Ladang Pasir Logok selama 11 bulan banyak peristiwa yang telah di alami.  Anak2 semuanya bersekolah di asrama dan hanya tinggal kami berdua di sini..Foto ini saya rakamkan ketika negara dilanda jerubu teruk hingga memaksa sekolah ditutup.


Pada peringkat awal saya tinggal di sini, merupaka musim monsun dan hujan turun saban hari.  Angin kuat dan seriap hari kami akan mendengan bunyi ombak laut yang sangat kuat se akan2 bunyi kapalterbang ingin berlepas.  Bila menjelang pertengahan Mach, cuaca menjadi semakin baik dan kami berpeluang membeli ikan segar di Jeti Pendaratan Ikan LKIM Tanjung Sedili.  Pengalaman ini ternyata amat menyeronokkan.


Saya tidak menghadapai masalah untuk mendapat kawan di estet baru.  Dengan melibatkan diri di dalam aktiviti perkumpulan wanita  yang dikenali sebagai WOW (Women Onward) banyak aktiviti yang telah kami laksanakan. Insyaallah saya akan selitkan dalam entry akan datang

No comments:

Post a Comment