-->
-Mak Mok Tomey-

Sunday, 26 February 2012

tart telur untuk cuba acuan baru



Salam pagi. lama tak menjengah kat sini.  Sibuk sikit kebelakangan ni.  Jahitan yang nak segera disiapkan, sulaman baju nikah pelanggan juga nak cepat. Itu belum lagi bab dapur yang tak boleh tak berasap dan persekitaran rumah yang setiap hari kena di bersihkan.  Semalam pulak jiran lorong depan buat kerja kahwin. Dari Sabtu dah rewang sampailah majlis berlangsung kenalah tolong mana yang patut. 

Sabtu petang, balik dari rewang, adun tart  simpan sekejap dalam esbok, sembahyang zuhur, lepas tu buatlah dengan anak-anak. Nabila dgn Syahidah pun joint sekali.  Sambil budak budak tu buat shell tart, Mak Mok bancuh muffin pisang satu adunan. Pisang ni dan terperap laaaaama dalam esbok.  Dapatlah dalam 15 biji muffin yang comel untuk kudapan budak-budak.




Muffin ni campur serbuk koko dengan choklat chip.  Kalau tak di letakkan benda-benda ni alamat kuranglah berminatlah budak-budak kat rumah ni nak makan.   Untuk ingatan, bahan yang digunakan  untuk buat muffin ni ialah  1 cwn pisang lenyek, 1/2 cwn butter cair/minyak, 1 telur, 1 1/2 cwn tepung, 3 sudu besar serbuk koko, 3/4 cwn gula halus, 1 sd kecil bikarbonat, 1 sd kecil baking powder, 1/2 cwn choc chip. 


Habis petang tu juga muffin ni. Memang di buat suruh makan. kalau di simpan alamat tak di usik lagi bila dah sejuk..


Tart telur buat 2 adunan.  


Untuk shell mak mok guna 250gm tepung gandum biasa, 125 gm gula halus, 225gm butter, sebiji telur dan esen vanila.  Bancuh adunan, masukkan dalam esbok anggaran 1/2 jam. Keluarkan, lepas tu isi dalam acuan.  Bakar separuh masak.


Untuk filling, mak mok guna 200 ml susu cair, 3 biji telur. 3/4 cwn gula, esen vanilla.  Kacau gula dengan susu atas api hingga gula larut, matikan api, sejukkan, masuk telur  dan esen, Tapis adunan, masukkan dalam tart, bakar lagi 20 minit


Dah siap tart.  Sebenarnya projek ni sesaje je buat sebab nak cuba acuan baru. Acuan besar tu dah lama Mak Mok beli, tapi acuan kecik tu Mak Mok baru beli masa balik kampung my darling kat  Kuala Kangsar.  Banyaklah acuan kuih jual kat situ... harganyapun boleh tahan.  Mak Mok belilah acuan tat ni 50 biji,  ( 45 sen satu).  Selain tu Mak Mok beli juga 1 acuan cara bentuk cermai 12 butir.  Sebelum ni Mak Mok ada acuan cara bentuk belimbing tu jee.  Dah puas guna acuan cara baru ni.  tak meragam  dan tak lekat.

Jumpa lagi.
Posted by Mak Mok Tomey at 20:15 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 20 February 2012

Cucur Udang Untuk Berbuka Puasa



Selamat Malam.  Semua dah nak tidur agaknya.  Mak Mok baru boleh nak mencatat sesuatu untuk hari ni. Hari ni sibuklah menggunting baju, menanda dan melakar motif sulaman baju nikah yang ditempah customer.   Macam biasalah, hari ni Isnin, Mak Mok puasa ganti.  Pagi tadi My Darling dah masuk estet jam 5.00 pagi.  Bekalkan dia  Asam Rebus Ikan Parang campur terung telunjuk yang tanam dalam polybeg tu.  Bolehlah dia buat dinner hari ni.  My Darling rajin masak.  Air tangan dia memang Mak Mok tak boleh lawan, terutamanya kari..terbaikkk.  Sambal Belacan dia pun sampai sekarang Mak Mok tak dapat nak lawan. Ada macam-macam versi sambal belacan untuk ulam-ulaman yang berbeza.  My Darling orang Kuale Kangsar,  sebab tu dia pandai sangat bab-bab makan berulam selain berbagai versi sos pencicah macam air asam dan sepuh.  Mesti tak pernah dengar nama nya kan ?? Rasanya masyallah, marbeless. Nanti kalau Mak Mok buat, pasti Mak Mok kongsikan gambar dan resepinya


Petang ni Mak Mok teringin nak makan Cucur Udang. Ini kes teringat cucur udang Alor Gajah, Melaka.  Ada sesapa yang pernah makan cucur udang kat Medan Selera Alor Gajah (berhampiran stesen bas/berhadapan Pejabat  Daerah Alor Gajah/ Dataran Alor Gajah)  Pada tekak mak mok, cucur udang ni paling sedap.  Cucur Udang yang garing, hirisan tempe dan fishball serta timun di makan bersama sos/kuah lada yang cukup rasa masam manisnya. Tapi yang Mak Mok  buat  kat atas tu ikut resepi  sendiri je.  Resepi agak-agak namanya.   Campurkan tepung, mauripan, garam telur, air, daun kucai, taugeh.. godaklah. Biarkan dalam 30 minit.  Lepas tu gorenglah dalam minyak yang banyak.  Pakai  senduk, panaskan dalam kuali, sudukan adunan dalam senduk yang telah dipanaskan. Parkingkan udang kat tengah2 tepung, rendam dalam minyak panas biarkan seketika.  Guna sudip atau buluh bunga telur yang tajam hujungnya, keluarkan adunan tu, goreng hingga garing  Dah siap.  

Kuahnya pulak Mak Mok blender cili merah dengan bawang putih, air, cuka.  Masak atas api, rasa garam dan gulanya.  Tadi sebelum berbuka  macam teringin sesangat nak makan, tapi cuma boleh makan sekeping je.  Sekarang ni kena pantang banyak..Lepas pembedahan, mak mok tak boleh makan benda berminyak dan berlemak.  Kalau terlebih makan, automatik sakit perut Cik Jah.. Sekarang Mak Mok dah tak ada hempedu, jadi segala minyak dan lemak tu tak dapat di proses macam biasa..  tu lahh dulu makan tak beringat-ingat, kan sekarang nikmat  dah kena tarik huhuhuhu


Ini pulak lauk untuk anak-anak hari ni.  Sebab berpuasa, malaslah nak masak. Buat yang ringkas-ringkas je.  Kenal tak ikan tu? itu bukan ikan sungai ye.. Itu ikan Aruan Tasik.  Ikan laut yang boleh tahan harganya.  Dagingnya putih dan pejal.  Mak Mok stim je letak kicap cair, lada sulah, bawang putih, halia, minyak bijan dan daun ketumbar.  Budak Budak kat rumah ni kalau makan nasi, mesti nak kuah berladung. Sebab tu Mak Mok kena buat kuah yang agak banyak walaupun kalau nak ikutkan, ikan stim mana ada kuah banyak-banyak.  Nak bagii rasa cili, belahkan 5 ulas cili padi.  Sayurnya ringkas juga,  Kobis cina  goreng dengan tauhu.    Mak Iti pula bagi kacang botol.  Alhamdulillah  Balqis je makan 5 batang. 


Lepas masak tengahari tadi Mak Mok bancuh kuih bakar keledek ni.  Kes nak habiskan puree keledek unggu. Belum potong lagi sebab tak ada sesapa nak makan kuih ni waktu malam camni.  Nanti pagi bolehlah di potong buat makan-makan dengan jiran-jiranku di bawah pokok jambu..


Yang ni pula sesaja nak interprem.. Kembang pulak cik jingga ni hari ni. Buat pengubat hati Mak Mok yang sedih tengok banyak orkid butterfly dah kecut daunnya.  Ini kes tersalah baja.  Biasanya Mak Mok guna baja organik tahi kelawar atau tahi cacing, tapi hari tu masa pergi Ekspo Pertanian kat Ayer Hitam, belilah baja kimia yang di syorkan oleh penjual orkid tu.  Agaknya tak sesuai atau terlebih dos (Tapi Mak Mok ikut sukatan yang di cadangkan). Tak taulah boleh bertahan ke tidak. Sabar je lah.  Mudah-mudahan tak mati


Bertahan ye...

Jumpa lagi.

Posted by Mak Mok Tomey at 07:27 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 18 February 2012

Happy Birthday Mia



Salam semua. Hari ni hujan kat Kluang ni dari Zuhur tadi.  Balqis ada program kepimpinan anjuran sekolah di Tunjuk Laut Beach Resort dari semalam hingga Ahad.    My Darling kalau tak ada aral macam biasa balik petang ni.  Mak Mok masak paling simple hari ni, Sup Ayam, Ikan Pari Tuka (pari kecik tu) bakar , sambal belacan dan ulam petai..Hari ni ada pasar tani kat T6. Mak Mok pegilah cari sayur-sayur kampung yang berkenan di hati.  Dapatlah petai dengan pucuk labu.  Esok bolehlah masak lemak putih.. Yang lain-lain tak berkenan pulak. Pucuk paku dan daun meranti dah selalu makan.  Ada banyak kat dalam estet.  Lebih-lebih lagi kalau lepas-lepas hujan 

Ikanpun  ada banyak juga pilihan yang terjual kat pasar tani. Tapi Nauuzubillah harganya, punyalah mahal.. Nak kata segar tak juga, mata ikan semua macam tak cukup tidur je.. Ayam boleh tahan RM 5.50 se kilo. Tak apelah, esok hari minggu ajak My Darling pergi pasar awam Kluang..  Kat rumah ni pulak ada  2 orang dah sakit perut.  Si Kak Long sampai kena satu jarum malam tadi gara-gara gastrik dah melarat-larat, si Alang pun sama juga. balik dari program Qiamullail kat sekolah pagi tadi kata sakit perut,.  So masak bubur nasi je untuk kamu berdua .  Makanlah dengan sup ayam.

Hari ni 18 Februari 2012 hari lahir si Mia.  Dah setahun umur kenit ni rupanya.  Rasanya baru semalam  jiranku Jijah mengasuhnya.  Masa dia mula-mula datang dulu rambutnya hitam lebat dan kuat hisap susu.
Sekarang dia  dah berjalan laju, gigi dah ada 8 batang, makan apa sahaja yang kita suap, suka ketawa, tak cenggeng,   Pagi-pagi tadi  lagi dengar  dia dah terjerit-jerit kat rumah ibu Jijah,. Macam biasa dia tertekan tak di bawak jalan-jalan.  Sekejap lepas tu Kakak Erin dah pimpin tangan dia terkedek-kedek datang kat rumah Mak Mok. Terkekek-kekek dia ketawa dapat berjalan dan main-main.  Selamat Hari Lahir Mia.  Semoga Panjang Umur dan membesar menjadi anak yang baik Aminnnn. 


 Ni je lauk Mak Mok hari ni.  Ikan Pari Tuka bakar berlada.  Mesin je  cili. bawang, serai, lepas tu tumis, letak asam sikit. rasa garam. campakkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut.  Lumurkan ramuan ini atas ikan dan bakar atas kuali leper. Alas dengan daun pisang. Tutup  dengan tutup periuk.  Panggang hingga masak.  Masa nak makan perahlah limau..



Jemput makan semua orang.  Nak pergi makan ikan bakar kat Melaka tu jauh bebeno, buatlah sendiri Cik Jah..Tak kiralah bakar guna dapur arang ke, grill dalam oven ke, letak atas kuali  macam Mak Mok buat ni ke, janji matlamatnya sama.  Masak cara sihat. Tapi kalau makan nasinya sampai 2 pinggan, nak sihat macam mananya mak mok oiii huhuhu.. Tak pe nanti kita jogginglah

Jumpa lagi
Posted by Mak Mok Tomey at 00:44 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 15 February 2012

Udang Galah Sungai kat Estet




Good morning.  Dah sarapan? hari ni mak mok puasa. Kes mengganti le.. apa lagi. Tahun ni paling banyak. 16 hari.  Bukan ape, mak mok buat pembedahan pada 25 Julai 2011 di Kluang  Utama Spesialist Hospital untuk buang batu hempedu.  Asalnya pembedahan kecil je, cuma tebuk 3 lubang kecil (laporoskopi kalau tak silap nama kaedahnya). Tapi masa doktor tengah buat tu, batu  masuk pulak dalam usus. Apa lagi, kenalah buat kaedah biasa . 8 inci luka nya dari pusat ke atas. 3 hari mak mok kat CCU. Masa tu tinggal seminggu lagi nak puasa.  Sebab tu banyak bebeno kena mengganti puasa tahun ni.   Tak apalah, dugaan Allah. Tak ada siapa yang boleh mengelak..

Tengok yang kat dalam pinggan tu.. Murah rezeki Mak Mok sekeluarga semalam. Syukur Alhamdulillah. Udang Galah ni bukan Mak Mok beli tau.. kalau nak beli RM45.00 sekilo, kena pikir banyak kali juga nak beli melainkan kalau mengidam tahap gaban.  Habis tu kat mana Mak Mok ambik udang ni?



Sebenarnya, My Darling yang pancing dan jala udang ni kat dalam estet tempat dia bekerja. My darling menjala belah petang lepas opis hour.  Belah malam kalau tak ada urusan dia memancing pulak . Amacam.. Meh le gi memancing atau menjala.  Sekarang musim udang galah kat sungai.  Sekali pergi dapatlah seekor dua.  Maklumlah dia pergi tak sampai dua jam. Dari pkl 5.30 ptg sampai pkl 7.00 malam Dia kumpulkan dulu dan semalam bila balik ke rumah luar dia bawa balik 10 ekor.  Mak Mok gorenglah udang ni.  Buat resepi Butter Prown tambah nestum sikit.  Mak Mok tumis bawang putih, bawang merah, cili padi yang di blender dalam butter yang telah dicairkan. Sukatan main agak-agaklah, tengok berapa banyak udangnya.  Lepas dah garing, masukkan daun kari, rasa garam dan gulanya, masukkan nestum, gaul sebati.  Last sekali baru masukkan udang yang telah digoreng terlebih dulu.  Peliknya Mak mok kau ni tak berapalah suka akan cik udang ni.  Ambiklah seekor yang kecik, itupun kongsi dengan si kak long.  Dulu Mak Mok ada masalah alahan yang teruk sesangat. Bila makan je cik udang, bersin tak berhenti, hidung pulak gatal sampai naik melecet kena tenyeh,  Aduhhaii serik betul bila ingatkan.  Tapi bila mak mok berubat dengan seorang pak cik kat Padang Temu, Melaka,  masalah tu dah baaanyak kurang. dah bolehlah menjamah, Tapi udang tetap bukan pilihan mak mok kalau dihidang.  Kalau dah tak ada lauk lain. bolehlah makan. 

 Walau bagaimanapun, mak mok tetap masih alah dengan cik ketam.  Sampai sekarang tak boleh sentuh langsung.  Kuahnyapun tak boleh nak makan.  Bila makan muka jadi bengkak dan gatal seluruh badan.  Kesiankan.. tapi My darling kata dia untung kahwin dengan mak mok sebab tak payah beli  udang dan ketam yang mahal harganya tu.. kahkahkah. Tak patut betul kan?  Tak apalah abang, tak boleh makan ketam dengan udang tolonglah belikan saya ikan2 yang Gred A mcm kerapu, merah, jenahak, bawal  yeee.  Nanti mesti My Darling mesti cakap Bukan ke dia selalu  bawak balik ikan gred A dari sungai. Ye tak ye jugak.  Kerap juga dapat ikan jelawat mahal tu. Tapi Mak Mok tak makanlah pulak ikan sungai.. Habis camnooo tu, Makan je ikan kembong mak mok oiii.. jangan banyak songeh.. huhuhu 


Satu lagi menu semalam, Ikan Parang masak lemak cili padi campur belimbing buluh.  Walaupun mak mok lahir kat Melaka, tapi dah bersempadan dengan Negeri Sembilan. Dialek pertuturan cornfirm dialek Nogori.  Keluarga  Mak mok beradat perpatih, bersuku, berbuapak, berkedim bagai.. Sikit-sikit fahamlah perjalanan adat sebab masa kat UM dulu ambil paper Hukum Adat Melayu dengan Dr. Norazit Selat. Adat   perpatih ni sangat  mementingkan muafakat dan tidak sekali-kali mengabaikan hukum agama kerana "ADAT ITU BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDIKAN KITABULLAH (AL-QURAN)
Kalau ada yang memandang adat perpatih sebagai tidak releven dan melebihkan perempuan, ubahlah pandangan tersebut melalui pembacaan dan melihat sendiri kehidupan masyarakat yang mengamalkannya. Sangat unik dan teratur,


Macam biasa tak lengkaplah hidangan tanpa sambal belacan.  My Darling tak boleh nak makan kalau tak ada benda ni. Belacan confirm beli kat Melaka. Sekali beli RM 10  dapat 6 ketul yang bulat2 tu.  Simpan buat stok, tahanlah 2 bulan.   Mak Mok masak bening petola dengan suhun juga untuk melengkapkan hidangan makan malam kami..

Jumpa lagi..



Posted by Mak Mok Tomey at 19:26 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

PROJEK UNTUK BUKA PUASA

.

Salam semua.  Sepatutnya mak mok post N3 ni petang tadi. Tapi tengah syok menaip, letrik terputus pulak. Langsung tukar rancangan, Pegang gunting,  tape pengukur, kapur jahit dan jarum peniti.  Buka buku ukuran, apa lagi menggunting baju pulak.  Baju ni jiran tempah nak pakai ke majlis perkahwinan bulan  depan.  Alhamdulillah, selesai juga gunting 3 pasang baju kurung Jijah dengan anak-anaknya.

Nampak kuih kaswi kat atas tu?  Mak mok buat semalam untuk buka puasa.  Teringin sesangat, lepas tu ada pula kelapa parut dlm esbok.  Buat 2 adunan, satu adunan kukus dalam acuan lompang.Kalau buat dalam loyang biasa, lambat sejuk dan payah dipotong. Dapatlah 25 biji kaswi


Yang ni dah siap dibedak.  Kenapa tak pernah jemu dengan kuih ni? Itu tekak mak mok lah. Orang lain tak tau pulak.  Kalau dulu  masa zaman sekolah, kuih ni termasuk dalam menu sarapan popular.  Arwah mak akan kukus satu loyang besar kaswi  sebelum tidur. Pagi esoknya tinggal nak kukur kelapanya je.  Dapat makan 2 potong kaswi  dah kenyang.  Sedap sangat kaswi yang mak buat.  Mak kukus atas dapur kayu.  Sebab itulah agaknya rasanya tak sama macam yang mak mok buat sekarang.   


Adunan ke 2 ni mak mok kukus guna loyang 22 cm. Yang ni  bagi kat kak tam dgn mak iti  dan  buat makan2  dengan jiran jiran yang datang tolong buat bunga telur.  Resepi yang di guna pakai sama mcm yang arwah mak ajar dulu.  Sekadar untuk ingatan ( mana tau nanti lupa) bahan-bahannya di sukat guna cawan.  kalau guna cawan besar, banyaklah adunan yang dapat.  Mak mok guna cawan teh arcoroc  fesyen lama  yang jernih tu je.  Bahan-bahannya : 
-1 cawan gua merah, 1/2 cwn  gula, 1 helai daun pandan, 1 cwn air ( masak atas api, sejukkan)
-1  3/4 cwn tepung, 1 senduk tepung ubi, 3 cwn air, 1/2 sudu kecil kapur sireh ( larutkan dgn 2 sudu air)   
-adun semua bahan, tapis dan kukus. ( Mak mok nak senang, guna blender je)


Petang tu, mak mok bakar kuih ni jugak.  Tamak kau.. Ni semua gara-gara keledek unggu yang mak tam tolong beli tu masih ada bakinya dalam 4 ketul.  Apa lagi ,carilah resepi kat blog2 masak popular. Jumpa resepi kat blog Puan Yatie (Sinar Kehidupanku). Tapi di guna keledek oren. Tak apalah, janji keledek.  Alhamdulillah. kuih bakar keledek ni menjadi dan sangat sedap.  Terima kasih banyak pemilik resepi ni.  Mak Mok guna acuan 10x10 dan bakar lebih kurang 1 jam 15 minit.  Best sebab kerak dia tebal sikit.  Bukan kerak hangus, tapi kerak muda yang sedap sangat.  Tak caya cuba buat dan rasa.


Inilah rupa kuih bakar keledek unggu mak mok. Mak mok tambah sikit pewarna purple sebab  adunan sebelum dibakar nampak pucat. Sebagai ingatan mak mok nak catat bahan buat kuih ni :

-   4biji telur,  3 cwn sa ntan ( dari 1 kotak santan kara),  1 cawan gula,   secubit garam,  sesudu esen vanilla  ( Kacau2 dan tapis))
-2 cwn tepung,  2 susu marjerin,.  200 gm keledek dah lenyek.  Masukkan dalam adunan telur .  (mak mok blender je adunan ni, licin dan halus) 
Sebelum dibakar, tabur sedikit bijan kat atas adunan



Bolehlah tahan rupanya. tapi mak mok seronok sangat nengok kejadiannya.  Yang penting sodap sangat..



Ni pulak sambal hitam pahang. Guna belimbing.  Nampak resepi kat blog Madihaa. (terima kasih Puan Ratna, akak dah lama minat kat air tangan awak)  Kebetulan ada belimbing, jiran bagi, terus jadilah projek ni.  Sedap, seriuss.  Rebus belimbing tanpa air  sampai kering. sesekali balik-balikkan. Tumbuk bawang merah dengan cili padi. Tumbuk ikan bilis separuh hancur.  Panaskan minyak, tumis bawang hiris. masukkan bawang tumbuk, dan cili, masuk ikan bilis, belimbing, kicap manis. rasa garam. Kacau sampai kering.  Tahan lama, sesuai buat bekal jalan jauh.

  Sekian dulu. jumpa lagi



Posted by Mak Mok Tomey at 06:45 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 14 February 2012

Mia oooo mia. Tomeynyaaaa



Hai, saya Mia Zahraa Najwa. Saya ni di asuh oleh Ibu Jijah tapi selalu datang lepak kat rumah mak mok sebab kat sana ada ramai kawan macam kak balqis, kak qalisya dan kadang-kadang ada naufal. Setiap pagi, Mama dan Papa akan hantar saya ke rumah ibu Jijah sebelum mereka pergi kerja kat Bandar Tenggara..Pagi ni saya boring sikit sebab kakak2 dah pergi sekolah dan kawan2 yang lain masih tidur..


Penat jalan dari rumah ibu, (selang 2 buah rumah jee) rasa haus pulak.  Kita minum duluuu.


Cantik tak toncit pokok kelapa saya tu? Walaupun ibu iakatkan pakai getah tempe je ( getah lain belum boleh lekat sbb rambut saya sikit) tapi saya rasa, sayalah yang paling anggun sekali.  Kadang-kadang ibu buat tocang kiri kanan. Lagi nampak comel tau..


Mia tak setuju ibu nak masak ayam goreng hari ni.. Mia nak makan sup cendawan yang Wak Enal bagi semalam, baru best nak makan.  Ayam tu, ibu buat ungkeplah sebab Kak Erin dengan Abang Ejim suka sangat dengan masak ungkep ibu.  Ayah Man pun sama..


Mana perginya kawan-kawan semua ni..


Kita  masuk biliklah, tolong mengemas..


Tengok apa tu Mia?


Alah sedihnyaaa. Mata dah macam puss in boot



Tengok bulu mata saya, macam rozita cik wan? tapi Mia punya original, terbaikkk



Meh lah datang sini main2 dengan mia


Geramnya penyepit rambut kak long ni, tapi rambut mia pendek sgt lagi, belum boleh pakai ni. Getah tempe je yang boleh..

Ini gambar kita masa umur 5 bulan, rambut baru lepas dicukur licin.  Sukanya..


Manisnya senyum..

Mia, buah hati kat kejiranan Jalan Yakin.  Semua orang terhibur dengan gelagatnya yang riang, murah senyuman dan jarang meragam kecuali lapar..Bagi Mak Mok yang tak ada baby ni, rasa happy sesangat bila tengok dan dengar tangis tawanya.  Saaayang Mia..










Posted by Mak Mok Tomey at 00:00 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 12 February 2012

tanam-tanaman kat keliling rumahku...




Morning.. Baru habis kemas2 rumah. Pagi tadi cik abang dah masuk estet pkl 5 pagi. Rutin biasalah bagi my darling kalau tidur kat rumah luar.  Nak masuk estet kena ambik masa 1jam 15 minit (lebih kurang 50 km je) tapi almaklum jalan nak masuk estet.  Kalau tidur  di rumah dia yang kat estet, 5.45 pagi baru bangun dan bersiap.  Kerja estet memang camtu. 6.30 pagi dah tercacak kat opis.. Tak caya tanyalah  isteri2 plenters lain... Bila Cik Abang dah masuk pergi kerja, aku teruslah bersiap2 buat sarapan dan bekal anak-anak ke sekolah.  Hari ni Balqis minta buat burgerlah pulak. Malam tadi dah siap keluarkan daging burger ayam RAMLEE dari esbok  Sebelum tu kena bagi sarapan untuk anak aku yang dua ekor tu Si Kakak dan Si Nyonya (yg ni belum sempat diperkenalkan lagi)  Kalau tak dibagi sarapan , kita tak boleh nak berjalan kat dapur tu sebab dia meleseh2 kat kaki.  Bila dah kenyang barulah dia diam dan tidur lagi..

6.oo pagi kejutkan Alang dgn Balqis. 6.40 pagi dah siap, hantar budak2 ke sekolah, Lepas tu terus parking  kat kawasan kilang IKS untuk jogging dengan kak Bar dan kak Mis (sebenarnya lebih banyak berjalan pantas dari berlari). Pukul  8.00 balik rumah, Siap2 gi ngaji rumah Mak Ani sampai 9.00 pagi.  Itulah jadual harian biasa buat masa ni.. Balik Ngaji nengok2 pokok yang ditanam kat tanah seluas 2 helai tikar di tepi rumahku itu.. Tak rugi berbudi kpd tanah ni.  Paling2 tak payah keluar duit nak beli serai, cili padi, daun kunyit dan lain2.  Cuma daun  kari dgn daun pandan je yang tak ada.(stok banyak kat rumah estet).  Kat atas tu daun kunyit dengan pegaga tengah posing. 



Ini pokok terung telunjuk yang di tanam dalam polybeg.. Benih ni diambil kat rumah En. Hamsan kat Renggam. Ada 2 polybeg je dan dah mula berbuah.  Bajanya sonang yo.. Air cuci ikan. Insyaallah menjadi pokok2 ni.


Pokok kucai adalah dalam 4 rumpun.  Dulu dalam pasu, aku alihkan atas batas.  Biasalah kalau dah ada ditanam sendiri, jarang nak di ambil.  Cuma kalau nak goreng beehoon s'pore atau buat cekodok ambiklah sikit utk bagi colour meriah sikit.


Terung telunjuk yang dah berbuah..


Ni cili padi.  Tetap kena ada sebab cik abang tak boleh berpisah dengan sambal belacannya.  Pokok ni dah generasi ke 2 sejak aku pindah kat rumah ni ( Mula tinggal sejak April 2010).  Dah nak kena tanam baru sebab dah kena serang lalat putih.  Cer tengok daun dia yang dah tak hensem. Dah jadi hitam sebab kat bahagian belakangnya dah penuh lalat putih 


Cili padi versi putih tapi pedas macam biasa.
 .

Tebu yang baru habis dituai hasil. dapat juga 10 litel air tebu segar.


Orkid ohh orkid.  My lovely orchid.. sebenarnya dah naik malas nak bela orkid ni sebab asyik berpindah randah. Bila turun naik lori, orkid jadi rosak dan merajuk. Ada yang mati dan merajuk tak mau berbunga  Ambil masa setahun juga untuk pulih.  Nanti kena pindah lagi.. Aduhhhh Itu je kerjanya sampai cik abang bersara lagi 15 tahun.. Tapi bila nengok bunganya, seronok pulak. Saje buat hiburan.

Kacang botol sebenarnya kak iti jiran sebelah yang tanam tapi dah panjat pagar dan masuk sempadan. Cantik dan menghijau kat sempadan rumahku.. 


Orkid colour purple.


Orkid pink


Bunga yang tanam dalam pasu.


orkid lagi


Ohh orkidku


Orkid putih


Ponytail yang baru pulih dari  merajuk


Inilah tempat aku bertanam-tanam serba sedikit. Edible garden le konon-kononnya.


Limau purut yang tanam dalam pasu tapi akarnya dah jejak tanah.  Kalau nak pindah nanti kena angkat  lagi.  Hai kesian kau, dah berapa kali kena pindah randah.


2 polybeg terung pipit


Pokok Sireh kat sempadan mak iti. Mak iti yang tanam tapi rimbun kat pagar kami berdua.  ada sesapa yang nak buat sireh junjung marilah ambik. Percuma jerrr


Buah apa ni?


Pernah nengok?


Boleh makan ke?


Inilah rupanya pokok herba MAHKOTA DEWA. Kakak aku yang bagi benihnya dan aku tanam kat dalam pasu ( kes senang nak bawak pindah randah lah)  Pasu ni sekarang kat rumah cik abang kat estet.


Rajin berbuah,  bila masak warnanya cantik. Merah pekat gitu. Buahnya dihiris nipis, jemur kering.  Bila nak minum, ambik 3 - 4 keping, tuang air mendidih, sejukkkan. Boleh di minum.  tak rasa pahitpun.  Khasiatnya banyak untuk hati dan buah pinggang.  Itulah sedikit sebanyak maklumat yang aku dapat dari kakak aku yang kerja kat MARDI

Posted by Mak Mok Tomey at 20:10 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)
Pink Transparent Star), url(Pink Transparent Star), auto;}

Pukul Berapa Datuk Harimau..??

About Me

My photo
Mak Mok Tomey
Kluang, Johor, Malaysia
Surirumah sepenuh masa yang simple dan happy. Memasak, Menjahit, Menyulam dan kerja tangan merupaka minat utama saya
View my complete profile

Tentang Saya

Nama:Azlina Bt Hashim T.Lahir:18 July 1971 Umur:41 Tahun (2012) Suami:Zulkurnain Abd Majid Hobi:Memasak,Menjahit n Kraftangan

Sila Kunjungi Blog Ini ^_^


Shout Hear

My Facebook

Azlina Hashim

Reka Lencana Anda

Followers

Blog Archive

  • ►  2014 (2)
    • ►  September (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (3)
    • ►  November (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2012 (50)
    • ►  August (2)
    • ►  July (7)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (8)
    • ►  March (2)
    • ▼  February (11)
      • tart telur untuk cuba acuan baru
      • Cucur Udang Untuk Berbuka Puasa
      • Happy Birthday Mia
      • Udang Galah Sungai kat Estet
      • PROJEK UNTUK BUKA PUASA
      • Mia oooo mia. Tomeynyaaaa
      • tanam-tanaman kat keliling rumahku...
      • Projek Masak Hari Ni..
      • Kucing kesayangan
      • bunga telur kertas crepe macam dolu2 untuk nikah a...
      • Masak-masak kat estet
Picture Window theme. Powered by Blogger.