-->
-Mak Mok Tomey-

Wednesday, 13 June 2012

Pizza Miskin.. Kesiannnn




Masa duduk kat estet pada minggu kedua cuti sekolah baru ni, Mak Mok buatlah pizza.  Itupun dah puas budak-budak kat rumah ni menyuruh buat.  Nasib baiklah ada cik BM (Bread Maker) Noxxa (Amway) yang Mak Mok beli 6 tahun dulu.  Specialnya cik BM Mak Mok ni ialah dia juga boleh berfungsi sebagai oven.


Mak Mok tuangkan aje segala bahan dalam cik BM didahulukan dengan bahan cecair mengikut sukatan yang terdapat dalam resepi seperti air suam dan telur kemudian baru masukkan tepung dan yang seangkatan dengannya macam yis, gula, garam, susu tepung, shorthening.  Tekan program doh, biarlah dia menguli selama 30 minit.


Lepas tu rehatkan adunan 30 minit sampai naik 2 kali ganda. tumbuk2 untuk buang angin, kemudian bahagi kepada beberapa bahagia.  Mak Mok guna 500gm tepung roti, daptlah 3 keping kecil pizza ni..


Untk toppingnya tu yang kesian. Siapa yang nak keluar ke bandar untuk beli cheese dan  segala macam bila dah masuk kat dalam estet? Mak Mok memang angkat bendera putihlah.. Kita guna apa yang ada esbok abah ajelah ye anak-anak.  Nasib baik masa nak masuk tu, Mak Mok terbawa kepingan cheese Kraft  dan mayonis yang sentiasa ada dalam peti ais rumah luar.  Kat dapur My Darling ada sardin, sosej, sos cili dan tomato, dan juga mix vegetable.




Mak Mok pun bedakkan pizza ni mula-mula dengan Sos tomato, kemudian sardin hancur campur mayonis (mcm buat sanwich), sos cili, mix vege, hirisan sosej ayam, picitkan sos cili dengan mayonis kat atasnya, tabur dengan Kraft cheese yang di koyak-koyakkan.  Nasib baik juga ada lagi sedikit serbuk oregano kering dalam esbok My Darling(stok  lama masa duduk sekali dengan My Darling).  Mak Mok pun taburkan kat atas pizza sebelum dibakar.


Bila yang dua keping dah masuk oven, baru perasan ada cendawan dalam tin kat kabinet My Darling.  Sebab tu yang last ni ada cendawanlah pulak.  Dah namanya buat tak merancang, guna apa yang ada.. Tapi habis juga  di makan budak bertiga ni dari minum petang sampai sarapan esoknya..





Mak Mok tekak orang Melayu tulen.  Pizza ni kuranglah berminat.  Tapi yang ni memang kegemaran. Sama macam My Darling.  Anak anak makan pizza, Mak dengan Abah layan cekodok pisang.  Sape tak tau buat cekodok pisang memang melampaulahkan?  Kat dapur My darling masa Mak Mok sampai ada 4 sisir besar pisang nipah yang dah terlampau ranum dan tak boleh digoreng lagi.  Mak Mok kopek, simpan dalam peti ais
 dan keluarkan bila nak buat kuih.  

Jumpa lagi..
Posted by Mak Mok Tomey at 03:38 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Satu Petang Yang Nyaman di Tepi Sungai




Salam semua.  Mak Mok selalu cerita tentang sungai kat dalam estet tempat My Darling bekerja.  Inilah sungainya.  Sungai Sembrong.. Nampak tenang je kan? Tapi kalau musim banjir.. Habis melimpah ruah sampai kat dalam ladang dan batang sawit tu tenggelam. Masa tu lah  musim ikan banyak, sampai berguni-guni..


Masa cuti sekolah baru ni, Mak Mok  duduklah kat estet 4 hari dan pada petang Sabtu, selepas My Darling balik kerja, dia ajak Mak Mok dengan budak-budak ke sungai.  Best. Macam berkelah. siap bawak bekal cekodok pisang dan nugget ayam.  Bawak dapur camping untuk masak air buat air kopi..


Nak ikut menjala tak berani, tengok je dari jauh My Darling tebar jala.


Tarik jala pelan-pelan.


Tengok pasir sungai tu.  Sama macam berkelah kat laut, cuma tak ada ombak je.  Air sungai bersih


Sapelah yang tertonggeng-tonggeng kat tepi sungai ni?


Suasana damai dan sangat tenang.  Yang dengar hanya bunyi unggas..  Bila hasil dah penuh sebaldi, kami tinggalkan tempat ni sebab hari dan beransur senja..


Jumpa lagi

Posted by Mak Mok Tomey at 03:25 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 12 June 2012

Nasi Lemak Biasa-Biasa di Pagi Minggu





Dah lama tak buat nasi lemak.  Pada suatu pagi minggu Mak Mok buatlah nasi lemak.  Hari Minggu selalunya Mak Mok akan buat sarapan yang berat-berat macam ni sebab Adik dan Alang ada tuisyen di Bandar Kluang sampai Pukul 2 petang.  Jadi kenalah makan nasi atau yang berat-berat  sebelah paginya


Mak Mok guna Beras Basmathi untuk buat nasi lemak kali ni.. Dapatlah nasi lemak yang lembut macam ni.  Lauknya pula hanya sambal tumis ikan bilis, telur rebis, kacang goreng dan ulam timun.  Alhamdulillah..



Posted by Mak Mok Tomey at 02:09 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)
Pink Transparent Star), url(Pink Transparent Star), auto;}

Pukul Berapa Datuk Harimau..??

About Me

My photo
Mak Mok Tomey
Kluang, Johor, Malaysia
Surirumah sepenuh masa yang simple dan happy. Memasak, Menjahit, Menyulam dan kerja tangan merupaka minat utama saya
View my complete profile

Tentang Saya

Nama:Azlina Bt Hashim T.Lahir:18 July 1971 Umur:41 Tahun (2012) Suami:Zulkurnain Abd Majid Hobi:Memasak,Menjahit n Kraftangan

Sila Kunjungi Blog Ini ^_^


Shout Hear

My Facebook

Azlina Hashim

Reka Lencana Anda

Followers

Blog Archive

  • ▼  2014 (2)
    • ▼  September (1)
      • Ikhtiar hidup di Pasir Logok
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (3)
    • ►  November (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (50)
    • ►  August (2)
    • ►  July (7)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (8)
    • ►  March (2)
    • ►  February (11)
Picture Window theme. Powered by Blogger.