-->
-Mak Mok Tomey-

Saturday, 11 February 2012

Projek Masak Hari Ni..



Hari sabtu yang penuh padat aktivitinya.  Hari ni sekolah ganti cuti raya cina. Ikut jadual hari khamis. Pepagi lagi dah goreng beehoon buat sarapan dan bekal bebudak gi sekolah.  Si Balqis memang tiap2 hari wajib bawa bekal sbb dia malas nak berebut kat kantin. Bekal pulak mesti nak yang heavy2 punya. setakat roti dia tak pandang.  Kak Long hari ni kelas belajar memandu.  7.15 pagi dah pergi.  Pagi ni juga kena pergi sekolah Alang sebab ada perjumpaan dengan ibubapa pelajar PMR dan SPM.  Orang bujang ni ambilkPMR tahun ni . Balqis pulak UPSR.  Alamat bergendanglah lagii tahun ni. Mcm Tarzanlah menyuruh belajar.. Hai budak-budak oiii. Mak dengan Abah tak ada harta nak tinggalkan nanti, belajarlah rajin-rajin.  Ilmu je yang boleh mengubah kehidupan.

Hari ni masak lambat. Balik dari sekolah alang, tayar cik Avanza kempis, Menapak pergi bengkel panggil mekanilk.  Nasib baik tak jauh, Tapi berpoluh jg sbb cuaca kat Kluang sekarang tersangatlah panasnya.  Pukul 11.30 baru mula masak. Tengah2 masak berhenti kejap jemput si balqis yang balik Pukul 1.00 tgh.

Hari ni masak Ayam lagi.. atas permintaan Balqis nak ayam masak merah, sayur paprik dengan daging lompap(resepi blog MADIHAA). Kalau kat kampung aku kat Melaka tu (sempadan Negori Sembilan) lauk macam ni dipanggil Masak Lengser. Bila hari bantai (sehari sebelum puasa dan hari raya) beli daging masaklah mcm ni.. Daging baru sembelih memang sedap dan manis kalau buat mcm ni..


Belah petang aku rebus 2 ketul keledek purple yang kak tam beli kat Pasar Malam Felda Belitong. Dalam esbok ada serunding kelapa lebih buat nasi ambeng.  Udang kecik tu pulak beli masa pergi Pulau Pangkor cuti sekolah disember dulu.  Jadilah kuih cucur badak ni.. Rupanya tak berapa hensem sbb lebam tapi rasa dia o,k.  Kalau dah nama keledek. tak kira colour apapun, tetap keledek..


Udang kering yang kurus kering...


Ada lebih doh keledek, tapi inti dah abis, buatlah cik mek tak molek ni.. isi je dengan gula, goreng macm biasa, dah boleh makan.


Paprik sayur mak mok.. tak hensem langsung


3 jenis lauk hari ni..tak berkuah


Daging lompap, podeh berapi.  Jgn tak tau, bahan2  fresh dari garden mak mok. Cili padi yang posing tu, mak mok tanam sendiri tau. Gemok2 kan cili tu.  Alhamdulillah. Mak Mok kalau tanam cili padi memang menjadi.  Ada tanah selebar 2 bidang tikar kat tepi rumah, mak mok tanamlah cili dgn serai. Ada limau purut, pisang, tebu, pegaga.dan kunyit


Ayam masak merah. si Balqis punya peberet. dulu, kini dan selamanya

Posted by Mak Mok Tomey at 06:49 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Kucing kesayangan



Nengok tu ha... tak senonoh bebeno rupa cik kucing ni.   Nak tahu nama dia?  tak lain dan tak bukan "KAKAK" dia ni dah lama  aku bela. nak masuk 17 tahun kau.. Dah boleh ambik SPM tahun ni.. Tak caya? tapi itu hakikat.  aku dapat dia ni dlm 2005, masih baby. Adik lelaki aku bawak balik dari KL. Naik bas ekspress lagi kau, letak dlm kotak kasut. Kurus kering, badan penuh kutu. Aku bela punyalah penuh perhatian.  Dia pernah beranak sekali je, lepas tu aku hantar kat Veterinar tak mau kasi dia beranak lagi.  Kerja dia tak ada lain, makan, tidur, makan, tidur... Dulu dia masuk kategori kucing obes, dekat 6 kilo kau.  Bulu dia semi long. Makan FRISKIES sahaja, kalau makan brand lain dia tak boleh kencinglah pulak. Dulu dia ni jadi kawan bergaduh arwah mak aku.  Dengan aku lagilah.  Dia jarang keluar rumah, takut dengan orang yang dia tak kenal. Kalau dia jumpa orang yang dia tak kenal, lintang pukang dia menyorok. Pada aku dia ni sagat paham perasaan aku. Kalau aku tengah marah, dia tak berani dekat, tapi kalau aku tengan sedih ke, susah hati ke dia duduk dekat dengan aku. Cuba tengok tu ha.. dia tengah melepak kat meja belajar si Kak Long..


Posing kakak, jangan tak posing.


Tu dah lolap tahap gaban. tengok ekor dengan perut dia tu. Kaki dengan tangan tu tengah tahan dinding tak kasi roboh.


Ini hobi si KAKAK. Pantang jumpa kotak kosong ke, bakul ke, plastik ke, dia mesti masuk melepak. ingat comel lah tu.. Kadang2 tak muat saiz dia tapi tetap nak masuk juga


Ni lah si KAKAK yang berusia 17 tahun.. Dah tua bebeno. Bulu pun dah tak selebat dulu.


Percaya tak cakap aku.  Dia pantang jumpa bekas kosong.. Mesti nak masuk


Kakak masuk dalam plastik timbunan kain perca kat mesin jahit aku.  Itu  tempat lepak dia kalau aku tengah menjahit atau menyulam .  Selagi aku tak bangun, kat situlah dia duduk. Bila kita bangun je dia dia berlari keluar ajak ke dapur minta makan..


Boleh pulak dia menahan panas dalam plastik tu. 


Cepat lah mak mok. Kita nak makanlah..

Tu lah fesyen tidur peberet  dia dari dulu sampai sekarang.  KAKAK OO KAKAK, jgn tinggal mak mok ye. Nanti merana mak mok tak dapat geletek perut kau yang boroi tu haaa

Posted by Mak Mok Tomey at 05:58 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

bunga telur kertas crepe macam dolu2 untuk nikah along faiz



Projek buat bunga telur ni untuk anak sulung jiran yang bakal berlangsung pada 11 march 2012.  Buat ramai2 dengan jiran2 bila ada masa senggang lepas2 masak dan lepas asar.  seronok juga bila buat bunga kertas crepe ni ramai2. Buat dengan Kak Enon, Kak Lela, Jijah dan mak pengantin Mak Iti.  Fesyen bunga telur mcm ni orang dah jarang buat.  Senang beli yang siap je kat PISB Ayer Hitam tu haaa.. Ada macam2 rupa dan warna sampai rambang mata . Tak caya pergilah kat sana dan siapkan je cap harimaunya...(duit le, apa lagi.. kah kah kah)  Sebab tema wedding pink dan biru aku pilihlah warna2 tu. Potong lah bentuk rupa bunga yang kita nak.. Uku buat bunga ros untuk yang biru dan bunga entah apatah untk yang pink, nak kata bunga raya, bukan, bunga kembojapun bukan. Lantaklah, janji ada rupa bunga.. Bukan nak masuk pertandingan pun kan Cik Jah...


Nilah rupa bunga ros biru aku


bunga ros lagi..


Bunga ape ni Cik Jah? Bunga Ganja...Hahaha


bunga pink tengah posing


Segerombolan bunga pink siap untuk diguna. ada sesapa yang nak tempah?


Bunga ni nak baru buat semalam. aku panggil bunga purple 6 kelopak. Ada banyak lagi yang belum digunting.


Ini versi tak pakai buluh..


Close up bunga 6 kelopak


Ini versi bunga tisu yang tengah ramqai orang buat sekarang.  Nak tau aku buat pakai kertas apa? jeng jeng jeng..kertas yang disumbat dalam kasut yang baru di beli tu.. Alahai, sebenarnya aku baru beli kasut jogging, kasut jogging lama dah roboh. Kat dalam kasut baru tu kan banyak kertas disumbat.. Haaaa aku pakai kertas itulah. Confirm tak ada jual kat mana2 kertas rupa macam ni.  Cantik pulak bila dah di buat bunya kan? 


Bunga kertas kasut..hahaha warna coklat samar gitu..


Warna seakan2 krim pulak..


warna kelabu yang exsotik..cewahhh


Seakan2 pink. Comel kan?

Posted by Mak Mok Tomey at 05:09 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
View mobile version
Subscribe to: Posts (Atom)
Pink Transparent Star), url(Pink Transparent Star), auto;}

Pukul Berapa Datuk Harimau..??

About Me

My photo
Mak Mok Tomey
Kluang, Johor, Malaysia
Surirumah sepenuh masa yang simple dan happy. Memasak, Menjahit, Menyulam dan kerja tangan merupaka minat utama saya
View my complete profile

Tentang Saya

Nama:Azlina Bt Hashim T.Lahir:18 July 1971 Umur:41 Tahun (2012) Suami:Zulkurnain Abd Majid Hobi:Memasak,Menjahit n Kraftangan

Sila Kunjungi Blog Ini ^_^


Shout Hear

My Facebook

Azlina Hashim

Reka Lencana Anda

Followers

Blog Archive

  • ▼  2014 (2)
    • ▼  September (1)
      • Ikhtiar hidup di Pasir Logok
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (3)
    • ►  November (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (50)
    • ►  August (2)
    • ►  July (7)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (8)
    • ►  March (2)
    • ►  February (11)
Picture Window theme. Powered by Blogger.